Khamis, 30 April 2009

Barisan Pemuda UMNO Negeri

Muka-muka baru terajui Pemuda UMNO negeri
30/04/2009 7:49pm
- Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 30 April — Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri bagi sesi 2008-2011.
Kesemua mereka merupakan muka-muka baru.

Turut dilantik ialah empat muka baru dan seorang muka lama sebagai Exco Lantikan Pemuda UMNO Malaysia, kata Setiausaha pergerakan itu, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Senarai Ketua Pemuda Umno Negeri ialah:-
1. Perlis - Mohsin Mohd Yusoff (Ketua Pemuda bahagian Padang Besar)
2. Kedah - Badrol Hisham Hashim (Ketua Pemuda bahagian Padang Terap)
3. Pulau Pinang - Norman Zahalan (Ketua Pemuda bahagian Bayan Baru)
4. Perak - Maslin Sham Razman (Ketua Pemuda bahagian Kuala Kangsar)
5. Selangor - Suhaimi Mohd. Ghazali (Ketua Pemuda bahagian Sepang)
6. Wilayah Persekutuan - Rizalman Datuk Mokhtar (Ketua Pemuda bahagian Bandar Tun Razak)
7. Negeri Sembilan - Mohd Helmi Din (Ketua Pemuda bahagian Rasah)
8. Melaka - Karim Yaacob (Ketua Pemuda bahagian Bukit Katil)
9. Johor - Mohd. Fadil Muskon (Ketua Pemuda bahagian Air Hitam)
10. Pahang - Abu Jimi Samat (Ketua Pemuda bahagian Lipis)
11. Terengganu - Bahri Baharuddin (Ketua Pemuda bahagian Marang)
12. Kelantan - Anuar Safian (Ketua Pemuda bahagian Kubang Kerian)
13. Sabah - Azman Ruslan (Ketua Pemuda bahagian Keningau)

Senarai Exco Lantikan:-
1. Abdul Razak Abd. Rahman (Ketua Pemuda bahagian Kota Melaka)
2. Khairul Azwan Datuk Harun (Ketua Pemuda bahagian Pasir Salak)
3. Badrol Hisham Zakaria (Ketua Pemuda bahagian Kuala Terengganu)
4. Mohd Faizal Ramli (Ketua Pemuda bahagian Teluk Kemang)
5. Anis Hisham Abdul Aziz (Pemuda Umno bahagian Kuala Selangor - muka lama)

Rabu, 29 April 2009

Apa dah jadi ngan McLaren

McLaren mula tunjuk kemajuan
- Utusan Malaysia

LONDON - McLaren menuju ke prestasi terbaiknya selepas melakukan pengubahsuaian terhadap kereta mereka yang bermasalah dan menjadikan ia lebih pantas, sekali gus memastikan peluang Lewis Hamilton untuk mempertahankan kejuaraan Formula Satu dunia kembali hidup, kata bos pasukan, Martin Whitmarsh.
Pemandu Britain itu menamatkan cabaran di tangga keempat pada Grand Prix Bahrain, Ahad lalu membuktikan polisi pasukan semakin menunjukkan hasil selepas memulakan musim dengan kesukaran.
"Kami melakukan peningkatan yang bagus, banyak kemajuan telah ditunjukkan dan jika ia dapat diteruskan maka kami akan kembali berada di posisi yang kuat.
"Kami bukan antara pasukan yang mudah mengalah dan mengatakan persaingan sudah tamat hanya selepas beberapa perlumbaan awal.
"Pasukan kami melakukan perubahan dalam setiap perlumbaan. Sejak Grand Prix Bahrain minggu lalu, ada 12 pengubahsuaian yang telah dilakukan, ia memerlukan wang dan usaha yang besar,'' kata Whitmarsh, yang mengambil alih pasukan dari Ron Dennis, Mac lalu.
Hamilton, yang disingkirkan daripada perlumbaan sulung 2009 di Grand Prix Australia kerana menipu steward, hanya mengutip sembilan mata daripada empat perlumbaan pertama, musim ini.
Rakan senegara Hamilton, Jenson Button dari pasukan Brawn GP memenangi tiga perlumbaan dan mengumpul 31 mata.
Begitupun, sejurus tamat perlumbaan di Bahrain, Button memberi amaran bahawa McLaren semakin kuat dan mampu menjadi pencabar utama apabila kejuaraan Formula Satu berpindah ke Eropah.
Bagaimanapun, pada ketika McLaren semakin pantas di trek, ada perkara lain di luar trek yang mampu memberi impak besar kepada pasukan itu.
Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) bakal bermesyuarat di Paris, hari ini untuk memutuskan sama ada tindakan tegas akan diambil terhadap McLaren selepas insiden di Melbourne.
Antara hukuman yang boleh dikenakan oleh Majlis Sukan Bermotor FIA adalah memotong mata atau menggantung McLaren daripada perlumbaan.
Pada 2007, McLaren pernah didenda AS$100 juta (RM360 juta) kerana kontroversi mengintip informasi pencabar utama mereka, Ferrari. - Reuters


sebentar tadi FIA telah membuat keputusan berikut

McLaren digantung tiga perlumbaan
29/04/2009 8:35pm
PARIS 29 April – McLaren sebentar tadi digantung tiga perlumbaan ekoran cubaan menipu steward perlumbaan pada perlumbaan Formula Satu Grand Prix Australia bulan lepas, kata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).
Menurut FIA, cara yang memalukan di mana prinsipal Martin Whitmarsh sudah meminta maaf itu diambil kira selepas McLaren, pasukan juara dunia dengan pelumba Lewis Hamilton, didakwa dengan lima kesalahan kerana memburukkan sukan yang berprestij.
“Mengambil kira permohonan maaf daripada prinsipal pasukan McLaren, Martin Whitmarsh kepada Majlis Sukan Bermotor Dunia (WMSC) dan perubahan budaya dalam organisasi beliau, WMSC mengambil keputusan untuk menggantung tindakan penalti lebih buruk,” kata satu kenyataan FIA. – Reuters

Ahad, 26 April 2009

Wabak Selesema Babi

Waspada wabak baru
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my
- sumber Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 25 April – Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan mencetuskan suasana cemas di negara itu.
Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
“Selesema babi telah merebak di Mexico dan pengawasan di semua pintu masuk negara ini perlu diperketatkan segera.
“Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit, kita sentiasa mendahului situasi,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai wabak selesema babi yang berpunca daripada virus yang tidak pernah dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia.
Dalam perkembangan berkaitan, Tiong Lai berkata, beliau belum menerima laporan terkini wabak tersebut daripada Bahagian Kawalan Penyakit dan hanya mengetahuinya melalui laporan media pagi ini.
Beliau turut menyatakan komitmen untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai wabak berbahaya itu kepada masyarakat.

Sabtu, 25 April 2009

Lumut kini Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim

Bandar Tentera Laut
25/04/09
- sumber Utusan Malaysia Online

LUMUT 24 April - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini berkenan menyempurnakan pengisytiharan Lumut sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim.
Detik-detik pengisytiharan bersejarah tersebut turut disaksikan oleh kira-kira 10,000 pengunjung yang datang bersama keluarga masing-masing sejak awal lagi.
Pengisytiharan itu dibuat sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-81 dan 25 tahun pemerintahan baginda serta Jubli Intan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Turut berangkat menyaksikan acara tersebut ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan isteri serta kerabat diraja yang lain.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Sebagai gimik pengisytiharan, Sultan Azlan berkenaan menekan suis khas sebelum menarik kain penutup replika sebuah sauh kapal yang ditempatkan di depan pentas.
Terdahulu, baginda berkenan memeriksa perbarisan kehormat sepasukan anggota TLDM sebelum menyaksikan lintas hormat lapan buah helikopter dari pangkalan TLDM di sini.
Tetamu diraja dan pengunjung kemudian disajikan dengan demonstrasi oleh Pasukan Khas Laut (Paskal) melibatkan ketangkasan pasukan bot tempur, bot laju dan helikopter dalam misi menyelamat tebusan daripada tahanan lanun di atas sebuah kapal dagang.

F1 GP Bahrain

Qualifying Result

Driver Team

1 Jarno Trulli Toyota
2 Timo Glock Toyota
3 Sebastian Vettel RBR-Renault
4 Jenson Button Brawn-Mercedes
5 Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
6 Rubens Barrichello Brawn-Mercedes
7 Fernando Alonso Renault
8 Felipe Massa Ferrari
9 Nico Rosberg Williams-Toyota
10 Kimi Räikkönen Ferrari
11 Heikki Kovalainen McLaren-Mercedes
12 Kazuki Nakajima Williams-Toyota
13 Robert Kubica BMW Sauber
14 Nick Heidfeld BMW Sauber
15 Nelsinho Piquet Renault
16 Adrian Sutil Force India-Mercedes
17 Sebastien Buemi STR-Ferrari
18 Giancarlo Fisichella Force India-Mercedes
19 Mark Webber RBR-Renault
20 Sebastien Bourdais STR-Ferrari


RACE RESULT

Pos Driver Team
1 Jenson Button Brawn-Mercedes
2 Sebastian Vettel RBR-Renault
3 Jarno Trulli Toyota
4 Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
5 Rubens Barrichello Brawn-Mercedes
6 Kimi Räikkönen Ferrari
7 Timo Glock Toyota
8 Fernando Alonso Renault
9 Nico Rosberg Williams-Toyota
10 Nelsinho Piquet Renault
11 Mark Webber RBR-Renault
12 Heikki Kovalainen McLaren-Mercedes
13 Sebastien Bourdais STR-Ferrari
14 Felipe Massa Ferrari
15 Giancarlo Fisichella Force India-Mercedes
16 Adrian Sutil Force India-Mercedes
17 Sebastien Buemi STR-Ferrari
18 Robert Kubica BMW Sauber
19 Nick Heidfeld BMW Sauber
Ret Kazuki Nakajima Williams-Toyota (Oil pressure)

Persiapan FI GP Bahrain

BMW Sauber pertaruh KERS

MANAMA - Pelumba Poland, Robert Kubica yang masih gagal mencatat sebarang mata selepas tiga perlumbaan berharap memperoleh peluang mencipta kejayaan cemerlang di Grand Prix Bahrain menerusi perlumbaan pertamanya menggunakan sistem pemulihan tenaga KERS yang baru.
"Perancangan masa ini adalah menggunakan alat baru tersebut sepanjang minggu ini," kata pelumba BMW Sauber itu.
Kubica berjaya membantu pasukannya itu memperoleh kedudukan baik buat pertama kali di persaingan Formula Satu tahun lalu apabila berada di tempat ketiga di belakang dua pelumba Ferrari.
Kubica telah pun menggunakan sistem tersebut pada sesi latihan Jumaat lepas di China.
Sistem tersebut telah memberikan tenaga lebihan kepada kenderaan pacuan pasukan tersebut apabila pelumba menekan butang yang dikhaskan.
Namun begitu, pasukan BMW Sauber membuang sistem baru itu ketika pusingan kelayakan dan perlumbaan.
Sistem baru tersebut akan menambah berat dalam anggaran 25 hingga 30 kilogram kepada kenderaan perlumbaan.
Kubica mempunyai ketinggian dan berat yang lebih berbanding rakan sepasukannya, Nick Heidfeld.
Sehubungan itu, pelumba Poland itu tidak mempunyai banyak kelebihan kerana kurang pemberat dalam mempersiapkan jentera perlumbaan.
"Ia sedikit sukar untuk diri saya menggunakannya. Namun begitu, saya berharap ia akan berkesan di Bahrain," katanya. - REUTERS

Berita Baik untuk Kakitangan Awam

Kakitangan awam dibenar guna cuti bersalin awal

KUALA LUMPUR: Bakal ibu di kalangan kakitangan awam kini boleh menggunakan cuti bersalin maksimum 14 hari lebih awal dari tarikh dijangka bersalin. Bagaimanapun, ia akan ditolak dari jumlah cuti bersalin 60 hari yang diperuntukkan kepada mereka. Peraturan baru itu berkuatkuasa mulai 1 Mei, menurut Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan pada 20 April.

Kebiasaannya, cuti bersalin 60 hari itu dikira daripada hari mereka melahirkan anak tetapi kini mereka diberi pilihan untuk mengambil cuti lebih awal dengan mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital, klinik kerajaan atau swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin. Ketua jabatan hendaklah memastikan kemudahan cuti bersalin yang diambil lebih awal itu direkod di dalam buku perkhidmatan pegawai berkenaan, menurut pekeliling itu. - Bernama

Isu Sidang DUN Perak

Sidang DUN Perak tetap 7 Mei
-sumber: Berita Harian

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan. Beliau berkata, persidangan berkenaan akan diadakan pada tarikh yang ditetapkan walaupun Speaker, V Sivakumar masih berdolak dalik mengenai tarikh tersebut. Katanya, masalah mengenai tempat duduk yang ditimbulkan wakil DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah isu remeh yang menunjukkan mereka tidak matang berpolitik.

"Jangan bersikap seperti anak kecil dan menunjuk-nunjuk di khalayak ramai...apa yang diperkatakan mereka bahawa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28 kerusi adalah tidak betul kerana di bahagian BN terdapat tambahan tiga kerusi Bebas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak di sini, hari ini. Zambry berkata, kedudukan berkenaan adalah sama ketika Pakatan Pas-DAP-PKR memerintah dengan jumlah 31 kerusi tetapi pada kali ini jumlah majoriti berkenaan dimiliki BN. BN memperoleh majoriti apabila dua wakil PKR dan seorang daripada DAP mengisytihar diri sebagai wakil Bebas dan menyokong BN.
Sementara itu mengenai pemilihan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, katanya keutamaan beliau adalah untuk melaksanakan prinsip yang ditekankan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, supaya mendahulukan rakyat dalam apa jua keadaan. "Saya berikrar akan memberi keutamaan kepada perkhidmatan untuk rakyat dan memastikan keberkesanannya bagi memastikan parti ini (Umno) akan terus diterima," katanya. Menurutnya, cabaran berkenaan bagaimanapun perlu digalas bersama oleh semua ahli parti sebagai satu pasukan. "Saya percaya kerja yang dilakukan secara berkumpulan dan berpasukan akan memberi hasil yang amat memuaskan dan oleh itu saya memerlukan sebuah pasukan yang mantap yang boleh memberikan kerjasama dan perkhidmatan tanpa berbelah bagi," tambahnya. - Bernama

Jumaat, 24 April 2009

Pengurusan Baru UMNO

Senarai Tambahan Majlis Tertinggi UMNO
25/04/2009
- sumber Berita Harian

Setiausaha Agung
DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

Bendahari
DATUK SERI AHMAD HUSNI MOHD HANADZLAH

Ketua Penerangan
AHMAD MASLAN

Wanita
DATUK KAMILIA IBRAHIM

Pemuda
DATUK RAZALI IBRAHIM

Puteri
DR WAN NORASHIKIN WAN NOORDIN

Tambahan MT:
DATUK SERI DR RAIS YATIM
DATUK SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
SENATOR MEJAR JENERAL (B) DATUK JAMIL KHIR BAHAROM
SENATOR DATUK RAJA NONG CHIK RAJA ZAINAL ABIDIN
DATUK SERI ABDUL KADIR SHEIKH FADZIR
DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM
TAN SRI RAFIDAH AZIZ
DATUK ABDUL GHANI OTHMAN
DATUK SERI SHAHIDAN KASSIM

PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI
1) Perlis
Pengerusi - DATUK SERI DR MD ISA SABU
Timbalan Pengerusi - DATUK ZAHIDI ZAINUL ABIDIN

2) Kedah
Pengerusi - DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL
Timbalan Pengerusi - DATUK AHMAD BASHAH MD HANIPAH

3) Kelantan
Pengerusi - DATUK MUSTAPA MOHAMED
Timbalan Pengerusi - SENATOR DATUK DR AWANG ADEK HUSSEIN

4) Terengganu
Pengerusi - DATUK SERI HISHAMMUDDIN HUSSEIN
Timbalan Pengerusi - DATUK AHMAD SAID

5) Pulau Pinang
Pengerusi - DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI
Timbalan Pengerusi - DATUK ZAINAL ABIDIN OSMAN

6) Perak
Pengerusi - DATUK SERI DR ZAMBRY ABD KADIR
Timbalan Pengerusi - DATUK AHMAD HUSNI MOHD HANADZLAH

7)Pahang
Pengerusi - DATUK SERI ADNAN YAAKOB
Timbalan Pengerusi - DATUK MOHD SHARKAR SHAMSUDIN

8) Selangor
Pengerusi - DATUK SERI NAJIB RAZAK
Timbalan Pengerusi - DATUK NOH OMAR

9) Wilayah Persekutuan
Pengerusi - TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
Timbalan Pengerusi - SENATOR DATUK RAJA NONG CHIK RAJA ZAINAL ABIDIN

10) Negeri Sembilan
Pengerusi - DATUK SERI MOHAMAD HASAN
Timbalan Pengerusi - DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR

11) Melaka
Pengerusi - DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM
Timbalan Pengerusi - DATUK WIRA ABU SEMAN YUSOP

12) Johor
Pengerusi - DATUK ABDUL GHANI OTHMAN
Timbalan Pengerusi - DATUK DR ABD LATIFF AHMAD

13) Sabah
Pengerusi - DATUK SERI MUSA AMAN
Timbalan Pengerusi - DATUK SERI SALLEH SAID KERUAK

Rabu, 22 April 2009

Lembu ker guard

Macam-Macam: Lembu jadi pengawal

LONDON: Majlis bandar raya di Swaything, Southampton, mendapat bantuan pengawal baru untuk menghentikan perbuatan remaja suka merosakkan padang permainan iaitu sekawan lembu. Sebanyak 18 ekor lembu baka Aberdeen Angus itu ditempatkan di kawasan itu bagi mengawasi padang permainan Monks Brook untuk halang perbuatan vandalisme. Sebelum ini, kawasan itu sering dikunjungi kumpulan belia bermotosikal, merosakkan padang dan menyebabkan pagarnya roboh. - Agensi

- sumber Berita Harian Online

Penjenayah bantu lanun

Sindiket di Teluk pengedar wang tebusan rampasan kapalNAIROBI: Sindiket terancang yang beroperasi di Dubai dan negara Teluk lain menjadi pengedar wang tebusan diperoleh daripada pemilik kapal ditawan di perairan Afrika Timur dengan laporan terbaru menyatakan sebuah kapal tangki membawa bahan kimia milik Filipina dan 23 krewnya dibebaskan, semalam. Pembebasan itu menyusuli pembebasan kapal Lubnan, MV Sea Horse selepas lanun menerima wang tebusan AS$100,000 (RM350,000).
Penyiasat yang diupah industri perkapalan memberitahu akhbar The Independent, kira-kira AS$80 juta (RM288 juta) dibayar tahun lalu – jauh lebih besar daripada yang diakui. Namun, ketika sesetengah wang itu berada di syurga lanun di Somalia, berjuta-juta lagi disalur secara haram menerusi bank di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara Asia Barat lain. Golongan yang digelar 'godfather' operasi haram itu, menurut penyiasat, termasuk ahli perniagaan Somalia dan Asia Barat, selain individu benua kecil India. Ada juga laporan sebahagian wang itu diserahkan kepada militan Islam.
Syarikat keselamatan Idarat Maritime, yang pakar pada perlindungan maritim, bekerjasama dengan firma insuran terkenal, Lloyd's, untuk merumus keselamatan bagi kapal dan krew. Bekas pegawai Marin dan pengarah firma itu, Christopher Ledger, berkata: "Ada bukti menunjukkan sindiket itu yang berpangkalan di Teluk – sesetengahnya di Dubai – memainkan peranan penting dalam jenayah lanun yang semakin menjadi-jadi di pantai Afrika. "Ia membabitkan wang besar dan ini memberikan sindiket itu capaian untuk meningkatkan cara canggih memindahkan wang, selain capaian kepada teknologi moden dalam melancarkan rampasan. Ini adalah masalah antarabangsa dan syarikat perkapalan perlu memastikan krew mereka belajar cara menanganinya." Penyiasat mendapati kumpulan lanun mengeksploitasi maklumat diberikan kepada industri perkapalan untuk merancang serangan.
Segelintir sindiket lanun yang dibiaya melakukan uji kaji cat 'halimunan' seperti AR 1, dihasilkan saintis Jerman yang tinggal di UAE, menjadikan bot sukar dikesan menggunakan radar jarak jauh kargo. – Agensi

- sumber Berita Harian Online

Selasa, 21 April 2009

Apa kata Datuk Seri Ir. Mohamamad Nizar

Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO
- sumber Utusan Malaysia Online 21 April 2009

IPOH 20 April - Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO walaupun ia bertujuan untuk memastikan kestabilan politik dapat diwujudkan di negeri ini.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meminta Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah terbaik ke arah mencapai kestabilan politik itu.
''Sultan Perak, Sultan Azlan Shah perlu mengembalikan kuasa kepada rakyat dengan membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
''Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO sebaliknya UMNO yang perlu bekerjasama dengan Pas untuk memastikan kestabilan politik di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahukan para pemimpin yang mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri mendakwa, amalan demokrasi raja berperlembagaan ialah Sultan perlu mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan menerusi pembubaran DUN dan pilihan raya negeri.
Ditanya mengenai teguran Sultan Perak terhadap kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemarkan institusi diraja, katanya, Pas tidak pernah mengajak rakyat untuk mencetuskan huru-hara.
''Yang mencetuskan huru-hara itu adalah provokasi daripada UMNO sendiri yang menyuruh polis membuat sekatan dan sebagainya. Pakatan pembangkang tidak pernah mengajak rakyat bergaduh dan kita tidak mahu huru-hara berlaku demi kesejahteraan rakyat negeri ini," katanya.

Isnin, 20 April 2009

Oracle beli Sun Microsystems

Oracle beli Sun Microsystems RM27.4 bilion
20/04/2009 9:11pm
-sumber Utusan Malaysia Online

WASHINGTON 20 April - Syarikat perisian gergasi Oracle mengumumkan rancangan untuk membeli syarikat teknologi Sun Microsystems dengan nilai AS$7.4 bilion (RM27.4 bilion) termasuk hutang dan tunai.
Persetujuan itu dicapai selepas Sun dilaporkan telah menolak permohonan dari IBM untuk mengambil alih syarikat itu.
Ia bakal melonjakkan Oracle, syarikat perisian kedua terbesar, melalui penguasaan bahasa pengaturcaraan popular Java dan perisian sistem Solaris untuk komputer pelayan.
"Pengambilalihan Sun mengubah industri IT, menggabungkan perisian perniagaan dan sistem pengkomputeran misi kritikal,'' kata Ketua Eksekutif Oracle, Larry Ellison dalam satu kenyataan. - AFP

Ahad, 19 April 2009

Ghost 2: Episod 1

salam

minggu nie sabtu hingga isnin, saya ke rumah adik ipar di Kuala Selangor. Bosan terutama tak dapat main game cam biasa... mouse lupa bawak.. letih lol main dota tak da mouse.

Malam ahad ingat nak tengok MERLIN tapi wife tak nak bukak citer TV8.... mula-mula rasa cam biasa... pastuh syok plak. Jom tengok watak citer nie

Eza : Watak utama- wartawan yang di hubungi penculik berkaitan kehilangan Alicia Soo. Punya kuasa mistik yang mampu melihat roh orang mati.

Alam : Lelaki yang punya kuasa Psikik. Watak yang di minta oleh bapa Alicia untuk mencari anaknya.

Harom : Mangsa bunuh, pekerja di bar di mana kali terakhir Alicia di lihat. Mayat Harom di temui oleh Eza dan Alam di No 104, Jln Abdullah (lokasi yang di nyatakan oleh Adnan - Awak boleh jumpa 'dia' disana). Roh Harom kemudian akan membantu Eza mencari Alicia.

Alicia : Mangsa culik

Adnan : Bekas teman lelaki Alicia yang punya petunjuk tentang Alicia tetapi kemudian terbunuh kerana cuba membunuh Eza. Sebelum Mati, Adnan memberi petunjuk berkenaan tempat di mana kemungkinan Alicia berada. No 10, Jalan Abdullah. Alicia tiada di situ tetapi mayat Harom ada di sana.

Keputusan F1 China

Vettel lakar kemenangan pertama Red Bull

SHANGHAI: Sebastian Vettel memenangi Formula Satu Grand Prix China, sekali gus memberi Red Bull kemenangan perlumbaan pertamanya. Vettel menang dengan 10.9 saat ke atas rakan sepasukan, Mark Webber, dalam perlumbaan dalam hujan itu, dengan pendahulu kejuaraan, Jenson Button, di tempat ketiga. Pelumba Brawn, Rubens Barrichello, di tempat keempat mengatasi pasangan McLaren, Heikki Kovalainen dan Lewis Hamilton.
Timo Glock dari Toyota menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh manakala pemandu Toro Rosso, Sebastien Buemi, di tempat kelapan. Pelumba Force India, Adrian Sutil, kemalangan lima pusingan sebelum tamat ketika berada di tangga keenam dan berpeluang untuk meraih mata pertama pasukannya. - AP

Titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah sempena Hari Keputeraan Sultan Perak

Raja berada di atas politik - Sultan Perak
19/04/2009 12:48pm
-sumber Utusan Malaysia Online

KUALA KANGSAR 19 April — Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.
Baginda bertitah tindakan kumpulan politik berkenaan yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan ’menyalakan api dalam sekam’ yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.
“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.
“Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.
“Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian,” titah baginda.
Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan warga.
- BERNAMA

Raja Nazrin tekad pertahan institusi beraja daripada dipersenda
19/04/2009 12:15pm
- sumber: Utusan Malaysia Online

KUALA KANGSAR 19 April — Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini bertitah akan mengambil tanggungjawab utama untuk melaksanakan segala usaha bagi memastikan tradisi institusi beraja yang menjadi teras kepada sistem berkerajaan dan bernegara di negara ini akan terus dipertahankan.
“Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.
“Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita,” titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Baginda bertitah Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya, malah Kesultanan Melayu merupakan institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.
Raja Nazrin bertitah sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.
Titah baginda kebijaksanaan pemerintahan beraja membantu berlakunya proses pengembangan intelek dan dari sumber istana itulah lahirnya karya-karya agung dalam dunia penulisan bangsa.
“Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa.
“Rakyat yang memahami budaya rakyat beraja - negeri bersultan, memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, terutama peranan dan tanggungjawab mengekalkan identiti negara bangsa,” titah baginda.
Baginda bertitah kelangsungan sesuatu bangsa dan wajah sesebuah negara bergantung pada faktor-faktor yang telah memberikannya identiti daripada segi institusi, agama, budaya dan bahasa.
“Tindakan-tindakan menghina institusi, mempersendakan institusi, menanam kebencian terhadap institusi adalah langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi - lalu menghapus identiti asal negara bangsa. Di era peperangan dingin, langkah-langkah sedemikian lahir dari kumpulan yang berpegang kepada doktrin politik berfahaman kiri dan dikategorikan berunsur subversif.
“Atas nama Revolusi Budaya, di China dan indoktrinasi komunisme di Kampuchea (Kemboja) dan Vietnam, anak-anak dihasut hingga sampai ke peringkat ekstrem, membenci dan memusuhi ibu bapa kandung sendiri; pemimpin-pemimpin agama dicerca dan rumah-rumah ibadat dimusnahkan, ada rumah ibadat yang dijadikan tempat ternakan haiwan; lalu berlakulah keadaan anarki yang terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah di samping modal sosial negara bangsa habis termusnah,” titah baginda.
Baginda bertitah hari ini dunia sedang menghadapi gelombang globalisasi yang menghempas setiap sempadan dan mahu memecahkan benteng budaya dan berkemungkinan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa.
Raja Nazrin bertitah warga muda yang sedang dilambung ombak globalisasi, perlu bijaksana mengimbangkan antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan supaya air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit.
Titah baginda ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik “Globalisasi sebenarnya turut membawa gelombang kolonialisme baru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa - lalu menghapuskan identiti asal negara bangsa.
“Warga perlu disedarkan, bahawa tidak semua yang berbentuk tradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijak dan ditakrifkan secara arif dapat berfungsi sebagai pemudah cara memajukan negara bangsa. Bahawa elemen-elemen budaya bangsa yang merupakan faktor penyatuan bangsa selama hari ini, adalah modal sosial yang amat berharga yang wajib dipertahankan,” titah baginda.
Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81 keputeraan Sultan Azlan, pada majlis penganugerahan hari ini.
Zambry bersama-sama Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha dan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta, Seri Amar Diraja Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
— BERNAMA

Lanun Somalia dianggap wira

Oleh Nurul Adlina Kamaludin
adlina@bharian.com.my
Berita Harian Online

KETIKA dunia tertumpu kepada pergolakan di Iraq, Afghanistan dan Sri Lanka, ada satu lagi peperangan yang seakan-akan tiada pasang surutnya - ancaman lanun di perairan Somalia. Lanun ganas ini terbukti jauh berbeza daripada gambaran filem 'The Pirates of the Caribbean’ yang masih segar dalam ingatan ramai. Jika dalam filem itu, karektor lanun comot dan senjatanya sekadar meriam dan pistol, lanun sebenar di Somalia bukan calang-calang. Biarpun tanpa kapal mewah atau pakaian seragam khas, mereka sebaliknya sarat dengan kelengkapan persenjataan serba canggih, termasuk Sistem Kedudukan Global (GPS). Tidak hairanlah, kapal yang menggunakan laluan Teluk Aden sepanjang 3,300 kilometer yang disifatkan perairan paling bahaya di dunia, dengan mudah ditawan lanun moden ini.
Serangan mereka pula semakin menjadi-jadi dan sejak 1 Mac lalu saja, sebanyak 25 serangan dicatatkan, termasuk tujuh kapal dirampas. Malah, sebanyak 293 serangan lanun dilaporkan di seluruh dunia sejak 2008, tetapi kejadian di sekitar Teluk Aden itu menyaksikan peningkatan hampir 200 peratus berbanding 2007. Sebut apa saja, kapal dagang dan kapal layar membawa muatan daripada kelengkapan tentera, minyak mentah, bijirin dan hasil bumi lain, semuanya sudah ditawan lanun kulit hitam ini. Ancamannya sebegitu serius sehinggakan tiada siapa pun pernah menyangka pada tahun ini, masyarakat antarabangsa boleh mengisytiharkan peperangan ke atas lanun. Berikutan itu, barisan armada tentera laut Britain yang dibantu tentera lebih 12 negara, termasuk Amerika Syarikat dan China, diberi tugas menangani barisan lanun moden ini. Saban hari kita dipaparkan dengan kekejaman mereka, tetapi tidak ramai yang tahu kisah duka di sebalik kemunculan lanun ini.
Jika diimbas, zaman ‘keemasan’ lanun itu sekitar 1650 hingga 1730. Namun, tidak ramai yang tahu, idea memaparkan lanun sebagai kelompok kejam adalah sebahagian propaganda kerajaan Britain. Ketika itu, ramai penduduk yang maklum, lanun itu sebaliknya menjadi mangsa kekejaman dan penindasan pemilik kapal dagang seperti dinyatakan pakar sejarah Barat, Marcus Rediker dalam bukunya ‘Villains of All Nations.’ Di Somalia, cerita itu juga tidak bezanya. Dunia menggelarkan mereka lanun, tetapi penduduk tempatan melihat mereka sebagai wira mempertahankan tanah air dan keadaan ini ketara pada 1991 selepas kejatuhan kerajaan dipilih rakyat. Lebih malang, selain keadaan politik tidak stabil, kira-kira sembilan juta penduduknya dihimpit kesengsaraan, termasuk kelaparan. Negara Barat yang sepatutnya membantu, sebaliknya menjadikan penderitaan mereka sebagai peluang merompak hasil negara itu daripada bekalan makanan dan sumber lautan sehinggalah menghumbankan sisa nuklear di perairan negara itu. Satu demi satu kapal Eropah yang tidak dikenali, mulai muncul di kawasan perairan itu dan membuang bertong-tong sisa nuklear ke dalam laut. Berikutan itu, penduduknya jatuh sakit dan mengalami ruam, loya serta kecacatan bayi.
Buktinya ketara selepas kejadian tsunami 2005 apabila beratus-ratus tong sisa itu terdampar di pantai dengan lebih 300 orang mati akibat radiasi. Ini diakui sendiri Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Somalia, Ahmedou Ould-Abdallah, yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini. “Ada pihak yang sengaja membuang sisa nuklear, plumbum serta logam berat seperti raksa. Sebahagian besarnya sisanya dari hospital serta kilang di Eropah. Tugas pembuangan itu diserahkan kepada sindiket mafia Itali yang mengenakan bayaran khidmat murah dan bertindak rakus membuang sisa itu dengan cara mudah.” Apabila ditanya apakah reaksi kerajaan Eropah, Ahmedou berkata: “Tiada apa. Tiada pembersihan, tiada wang ganti rugi atau sebarang langkah mengelak perkara itu berulang lagi.” Kapal Eropah ini turut merompak hasil utama penduduk Somalia iaitu hasil laut mereka. Selepas perairan sekitar benua Eropah kekeringan hasil tangkapan laut, mereka beralih ke perairan Afrika itu untuk merompak hasil ikan tuna, udang dan udang karah yang bernilai lebih RM1 bilion. Ini menyebabkan nelayan tempatan merana, hilang punca rezeki serta kelaparan. Mereka bertindak mengusir kapal dagang yang membuang sisa nuklear atau sekurang-kurangnya mengenakan ‘cukai’ ke atas mereka. Peranan ini dipikul kumpulan yang dikenali sebagai ‘Sukarelawan Pengawal Pantai Somalia.’ Malah, hasil tinjauan media bebas Somalia, WardheerNews, mendapati 70 peratus penduduk menyokong kumpulan itu yang menyifatkan kegiatan lanun itu sebagai antara cara mempertahankan tanah air. Ini diakui sendiri seorang ketua lanun, Sugule Ali yang menegaskan mereka bukanlah perompak atau lanun. “Lanun sebenar adalah mereka yang datang merampas punca pendapatan kami serta membuang sisa nuklear di sini.” Sukar sebenarnya bagi kita untuk menelah naluri insan dilabelkan sebagai lanun oleh media Barat, sebaliknya dianggap wira oleh rakyat tempatan, apa lagi selepas saban hari dipaparkan dengan jenayah dilakukan mereka ini. Apa yang pasti, seperti juga di kebanyakan negara lain yang bergolak, konflik dan ancaman yang berlaku itu hasil ‘cop jari’ kuasa Barat. Kini dengan kehadiran armada tentera laut negara asing di Somalia, ramai yang menunggu nasib kelompok lanun itu selepas ini biarpun hakikatnya ia tidak mungkin menamatkan terus ancaman mereka.

Info: Lanun di Somalia
Somalia terbabit dalam perang saudara sejak 1991
Kebanyakan lanun itu dikatakan berusia antara 20 hingga 35 tahun
Tiga kumpulan iaitu:
Bekas nelayan - perancang utama kerana mahir selok belok perairan sekitar
Bekas anggota militia - tenaga penting kerana pengalaman memerangi kumpulan panglima perang
Pakar teknikal - mahir soal komputer dan tahu mengendalikan peralatan teknologi serba canggih seperti telefon satelit dan persenjataan
Sebahagian besar kapal ditawan di laluan perkapalan Teluk Aden yang terletak di antara Yemen (utara), Somalia (di selatan) dan di timur Laut Arab.
Laluan itu sepanjang 3,300 kilometer yang juga kawasan laut paling bahaya di dunia
Kira-kira 20,000 kapal melalui Teluk ini untuk ke dan kembali dari Terusan Suez
Membawa barangan seperti berjuta-juta tan minyak mentah, bijirin dan arang batu
Purata wang tebusan kira-kira AS$2 juta (RM7.24 juta)
25 serangan ke atas kapal, tujuh dirampas sejak 1 Mac lalu
293 serangan lanun di seluruh dunia sejak 2008 dan kejadian di Teluk Aden meningkat hampir 200 peratus berbanding 2007

Komen : Isu LANUN Somalia jelas menunjukkan peranan Media Barat dalam mentafsirkan keadilan dan kebebasan. Pasti tidak lama lagi akan muncul cerita tentang kehebatan Barat menentang Lanun Somalia ini.


Satu Malaysia dari sudut agama

oleh Dr. Ismail Ibrahim
Utusan Malaysia Online

Konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menimbulkan pelbagai reaksi positif dari banyak kalangan masyarakat.
Bagaimanapun, tentulah tidak dapat dinafikan bahawa persepsi negatif dan rasa kebimbangan akan timbul juga, terutamanya terhadap sesuatu visi yang baru, khususnya apabila terlalu banyak lahirnya spekulasi yang cuba memberikan gambaran yang bukan-bukan terhadap sesuatu gagasan yang baru itu.
Bagi saya, apa-apa saja gagasan dan visi baru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, maka hakikatnya segala sesuatu yang telah tersurat di dalam Perlembagaan negara tentulah tidak akan disentuh, malah peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan tentulah akan menjadi asas penting yang tidak boleh di cabuli.
Dari perspektif agama, maka telah wujud peruntukan di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama negara, dan agama-agama lain bebas diamalkan di dalam negara kita secara aman dan harmoni.
Peruntukan ini amat jelas memberikan perlindungan terhadap kekuatan agama Islam yang tidak mungkin dicabar kedudukannya, dan sesiapa sahaja yang menjadi Kerajaan, maka Kerajaan itu haruslah menghormati dan melindungi kedudukan Islam seperti yang termaktub itu, dan dalam masa yang sama memberikan perlindungan kepada agama-agama lain yang mahu diamalkan oleh penganut masing-masing dalam keadaan aman dan harmoni.
Sejarah pembangunan tamadun Islam sejak zaman Rasulullah SAW sehingga ke zaman kegemilangan Islam yang telah bertapak di Eropah dan China telah membuktikan bahawa konsep "satu" agama tauhid ialah membangun akidah dan syariah penganut Islam dengan amat kuat dan kukuh sekali, di samping menghormati penganut agama lain dan amalan yang mereka lakukan dalam agama mereka.
Sejarah membuktikan bahawa pemerintahan Islam semasa Rasulullah SAW di Madinah, dan semasa Islam memerintah Andalusia, pemerintah itu tetap berlaku adil terhadap semua rakyat tanpa sebarang tekanan yang boleh membawa kepada konflik yang akan menimbulkan perpecahan dan sengketa di dalam masyarakat.
Dasar ini dihormati dan difahami oleh semua warga yang menjadi rakyat di bawah pemerintahan itu, lalu tidak terdapat sebarang gerakan atau pengkhianatan yang berlaku di kalangan rakyat sehingga memungkinkan timbulnya rasa resah gelisah dan tidak puas hati di antara rakyat.
Konsep Satu Malaysia semestinya akan mengambil iktibar dari perjalanan sejarah ini, demi keamanan dan kekuatan Malaysia sendiri.

Ulung
Di negara kita, seperti yang telah saya sebutkan di atas, dari perspektif agama, maka sejak kita mencapai kemerdekaan, dan semenjak berkuatkuasanya Perlembagaan, maka agama Islam merupakan agama negara, dan Raja-Raja Melayu merupakan sebuah institusi yang menjaga dan melindungi hal elwal agama Islam.
Yang di-Pertuan Agong dalam lafaz penerimaan pelantikan Seri Paduka, salah satu perkara yang disebutkan ialah melindungi agama Islam di negara ini.
Malah kedudukan agama Islam sebagai agama negara yang ulung di dalam negara kita juga adalah merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun kerana sejarah telah membuktikan bahawa persetujuan untuk memaktubkan Islam sebagai agama negara adalah merupakan satu kesepakatan di antara Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dengan ketua parti politik MCA dan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar rakyat Malaysia ketika itu.
Dan sebagai jaminan untuk kekuatan dan keamanan negara jugalah, Perlembagaan memperuntukkan bahawa agama-agama lain bebas diamalkan oleh penganut masing-masing dalam aman dan harmoni.
Kedudukan ini, saya rasa tidak mungkin disalahgunakan oleh sesiapa pun, dan sebagai Kerajaan yang bertanggung jawab, tentulah Perdana Menteri menyedari hal ini ketika meletakkan agenda pemerintahannya yang berkonsepkan "Satu Malaysia".
Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, saya percaya majoriti rakyat tetap cintakan perdamaian dan keharmonian, termasuk dalam mengamalkan agama masing-masing, dan dalam pendekatan mereka ketika membicarakan isu-isu agama di dalam masyarakat dan di kalangan mereka sendiri.
Konsep satu Malaysia mengakui keadaan ini, dan tentunya akan menolak sebarang gerakan atau agenda sebarang kumpulan agama yang radikal dan ekstrem dari kalangan agama mana sekali pun.
Hal ini saya sebutkan, kerana senario masyarakat dunia pada hari ini telah menyaksikan kelahiran golongan radikal dan ekstremis di kalangan berbagai-bagai agama di seluruh dunia. Kita menyaksikan kelahiran ekstremis agama di kalangan Kristian, Hindu, Buddha dan Islam sendiri, yang bertindak ganas dengan menyalahgunakan agama dan memperalatkan agama untuk golongan yang tertentu, atau kerana kepentingan diri sendiri.
Saya percaya, konsep Satu Malaysia akan memerangi tindakan golongan ini sekiranya hal ini juga akan timbul di dalam masyarakat kita, iaitu memerangi golongan pelampau yang boleh menganggu kestabilan negara dan rakyat, malah yang mungkin juga merupakan gerakan radikal yang terkeluar dari kesucian ajaran agama itu sendiri.
Konsep satu Malaysia tentunya tidak akan melihat kepada persamaan yang terkeluar dari peruntukan Perlembagaan dan terpesong daripada ajaran serta definasi agama itu sendiri, terutamanya agama Islam yang mempunyai ciri-ciri ritual dan falsafah ketuhanannya tersendiri yang tidak mungkin di rombak atau dicabar oleh sesiapa pun. (Sila lihat juga tulisan Khairuddin Mohd Zain, Utusan Malaysia 15 April 2009, Satu Malaysia: Perspektif Orang Muda)
Dalam falsafah ketuhanan umpamanya, tidak mungkin sebarang penganut agama lain akan menimbulkan sebarang bantahan di atas cara penyembahan dan definisi ketuhanan masing-masing.
Umat Islam di Malaysia tidak pernah mempersoalkan tentang acara-acara keagamaan Hindu, Krisrtian, Buddha dan sebagainya yang diamalkan di negara kita pada hari-hari perayaan keagamaan atau di rumah-rumah ibadat mereka, kerana hal itu adalah merupakan ritual mereka masing-masing.
Demikian juga penganut agama lain tidak seharusnya mempersoalkan konsep ketuhanan dan ritual serta perlaksanaan syariah agama Islam yang sebenarnya, kerana umat Islam lebih memahami dasar agama dan ajarannya di kalangan masyarakat mereka.

Gagasan
Dasar tanpa ganggu menganggu dalam ajaran agama inilah yang dapat membentuk satu kekuatan bangsa dan rakyat mengikut konsep unity in diversity, dan konsep inilah yang seharusnya didokong oleh gagasan Satu Malaysia dalam menegakkan hak dan tanggung jawab semua kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama ini.
Rasulullah SAW ketika diminta oleh orang musyrikin supaya bersetuju untuk saling sembah menyembah tuhan masing-masing, termasuk menyembah Allah, maka baginda mendapat panduan daripada Allah SWT agar tidak bertolak ansur di dalam isu yang amat fundamental ini, dengan menegaskan kepada mereka bahawa "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agama aku", ertinya di dalam isu ketuhanan dan ibadat, maka tidak seharusnya timbul sebarang persengketaan yang boleh memecahbelahkan masyarakat awam, kerana isu ini adalah isu akidah masing-masing.
Dalam konsep amalan agama yang eksklusif untuk agama itu, kita bersetuju untuk tidak mempersoalkan kesucian agama lain, walau pun dalam banyak perkara dalam amalan agama masing-masing itu, terdapat perbezaan pandangan dan pendapat, terutamanya dari segi akidah, kerana kita percaya kepada keharmonian manusia dan masyarakat, maka dalam pendekatan baru ini kita bolehlah berpegang kepada dasar agree to disagree berpandukan kepada pendekatan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap kaum musyrikin itu.
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung jawab tentang agama, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom sendiri merupakan satu manifestasi baru yang mungkin membawa semangat satu Malaysia, iaitu ketika beliau menyatakan secara terus terang kesediaannya untuk mengkaji semula tentang program dan agenda Islam di negara kita, termasuk isu yang berkaitan dengan isu istilah agama yang tertentu, yang telah menimbulkan begitu banyak kekeliruan di dalam masyarakat Islam dan bukan Islam di negara kita.
Oleh itu saya rasa masyarakat Islam haruslah melihat kepada sudut yang lebih positif terhadap konsep Satu Malaysia ini dari perspektif agama. Dalam masa yang sama mereka juga seharusnya mengemukakan gagasan yang lebih membina dan konstruktif bagaimanakah konsep atau gagasan ini seharusnya dibangunkan dengan sebaik-baiknya berdasarkan polisi ini dan dapat mengukuhkan lagi kedudukan agama negara dan umatnya.
Selain itu bagi menambahkan lagi kefahaman yang mantap terhadap agama Islam sendiri, yang nampaknya akhir-akhir ini telah diberikan pentafsiran yang berbeza- beza sehingga menimbulkan kekeliruan yang banyak di dalam masyarakat kita.
Golongan agama dan para sarjana Islam seharusnya mengambil peluang dari keterbukaan dasar negara ini untuk memberikan kerjasama dan pemikiran mereka yang membina bagaimanakah dasar Satu Malaysia dapat digunakan sebaik-baiknya dalam meningkatkan perlaksanaan agenda agama dan umatnya di negara ini.

Antara fakta dan interpretasi

Ku Seman Ku Hussain
Utusan Malaysia Online

Tidak adil sekiranya silibus buku teks sekolah ditentukan oleh interpretasi politik pihak tertentu dan membelakangkan kalangan profesional. Interpretasi adalah berbagai-bagai, berubah mengikut keadaan tetapi yang ditekankan oleh profesional dalam dunia akademik adalah fakta sejarah.
Fakta sejarah tidak akan berubah. Ini kerana sejarah sesebuah negara berdiri di atas fakta, bukan interpretasi yang sesetengahnya mempunyai helah lain untuk tujuan yang tersendiri. Tanpa mengongkong sejarah daripada diberikan pelbagai interpretasi, tetapi haruslah menjurus kepada kebaikan bukannya meruntuhkan kerangka hubungan kaum yang telah sedia ada.
Selepas setengah abad negara mencapai kemerdekaan, selepas setengah abad juga sejarah negara tertulis, tiba-tiba ada semacam satu gerakan terhormat mahu menulis semula sejarah negara. Prihatin kepada soal sejarah adalah suatu yang baik. Ini kerana sejarah adalah cermin masa lampau untuk melihat wajah masa kini.
Realitinya rakyat hampir terputus dengan semangat dan akar sejarah dalam menongkah masa depan. Sejarah adalah "benda mati" kata sesetengah orang yakni tidak ada keperluan untuk merujuk perencanaan masa depan. Tetapi tiba-tiba pula ada pihak yang kelihatan sangat prihatin dengan sejarah negara dan mendakwa perlu "ditulis" semula mengikut hukum politik semasa. Mereka mendakwa sejarah yang diajar kepada pelajar-pelajar di sekolah tidak menyebut sumbangan kaum Cina dan India dalam gerakan memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara.
Walaupun isu ini bergerak di atas premis silibus buku teks sekolah, isu sebenar ialah membuat interpretasi ke atas fakta sejarah. Jadi, isunya bukan buku teks di sekolah tetapi wujudnya satu gerakan yang mengambil landasan terhormat melalui silibus buku teks sejarah. Ada dua perkara penting tentang sejarah yang kita mesti memahami dan melihat dalam konteks yang betul.
Sejarah adalah fakta dan interpretasi. Fakta adalah suatu yang tidak berubah. Sejarah dalam buku teks sejarah di sekolah- sekolah adalah fakta yang memenuhi keperluan Dasar Pelajaran Negara yang melihat sejarah negara dalam konteks Malaysia. Orang politik boleh membuat segala macam interpretasi tetapi jangan sampai menganggu kefahaman pelajar-pelajar.
Apa helah MCA yang membuat "bedah siasat" ke atas silibus buku teks sejarah yang kononnya meminggirkan kaum Cina dan India dalam perjuangan menuntut kemerdekaan? Apa helah MCA yang begitu prihatin kepada ketepatan sejarah yang didakwa mereka tidak tepat atau dalam kata lain sejarah itu ditulis oleh orang Melayu sahaja? MCA seharusnya berterima kasih kepada kalangan profesional yang merangka silibus buku teks sejarah yang tidak menekankan penglibatan orang-orang Cina dalam pergerakan komunis.
Ini menunjukkan menyekutukan orang Cina dengan komunis pada era memperjuangkan kemerdekaan adalah suatu yang tidak adil. Sekalipun ini satu fakta dengan majoriti anggota Parti Komunis Malaya (PKM) misalnya adalah Cina, tetapi fakta itu diabaikan seolah-olah komunis mempunyai anggota sama banyak Melayu dan Cina. Tetapi faktanya majoriti anggota PKM adalah orang Cina. Orang Melayu tidak mempertikaikan satu fakta penting dari sejarah negara yang diabaikan itu. Sebabnya pada masa ini bukanlah untuk mencari siapa juara memperjuangkan kemerdekaan atau siapa yang menjadi pengacau dalam proses mendapatkan kemerdekaan.
Pertentangan
Kemerdekaan yang dinikmati lebih setengah abad perlu terus diisi dan dibangunkan dengan menyingkirkan segala macam rasa tidak puas hati yang barangkali sekadar pertentangan persepsi. Tidak ada salahnya menjadi pengagum sejarah dan menegur sesuatu yang boleh memporakperandakan kestabilan negara. Tetapi cara MCA menimbulkan seolah-olah sejarah negara ditulis oleh orang Melayu atau UMNO adalah sikap yang sangat tidak baik. Isu yang dibangkitkan oleh MCA bukanlah fakta sebaliknya hanya interpretasi ke atas sejarah.
Apa muslihat MCA yang kurang senang dengan fokus yang diberikan kepada Tamadun Islam? Jadi, isu yang mengatakan fakta sejarah perlu ditulis semula kerana "memadamkan" penglibatan orang Cina sebagai pejuang kemerdekaan perlu dilihat melampaui isu sejarah. Ini adalah isu yang dipolitikkan dengan membawa sentimen kaum selepas memberikan interpretasi baru kepada satu fragmen sejarah negara. Ini samalah dengan menyusupi elemen kaum dalam sistem pendidikan apabila Ketuanan Melayu juga dibangkitkan sebagai penghalang kepada usaha membina perpaduan. Orang Melayu juga boleh bertanya berapa banyak pejuang daripada kalangan Cina yang menderita di rumah pasung penjajah semasa menuntut kemerdekaan?
Tetapi orang Melayu berjuang untuk negara, bukan kerana nama. Selepas negara mencapai kemerdekaan, berhasillah perjuangan mereka tanpa perlu mendakwa orang lain tidak turut mempertaruh nyawa menyelamatkan tanah pusaka orang-orang Melayu. Sejarah telah mencatatkan orang-orang Cina majoritinya menjadi pelombong bijih timah dan orang India menjadi pekerja di estet-estet milik penjajah British. Orang Melayu menjadi petani dan nelayan kerana itu adalah bidang yang diterokai oleh generasi sebelumnya.
Apabila MCA mempersoalkan bahawa sejarah kemerdekaan negara meminggirkan perjuangan orang Cina, ini juga satu pengajaran yang berguna kepada UMNO dan kerajaan. Isu yang dibangkitkan oleh MCA barangkali boleh membawa kita melihat semula dalam konteks lebih luas tentang nasionalis-nasionalis Melayu yang dipadamkan dari lipatan sejarah kemerdekaan. Kita mesti menerima hakikat bahawa nasionalis Melayu di luar UMNO dipadamkan dari pengetahuan generasi muda masa kini.
Setiap kali ulang tahun kemerdekaan pada 31 Ogos, nama-nama nasionalis Melayu berhaluan kiri seperti Dr. Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam, Dr. Ishak Mohamad (Pak Sako), Ibrahim Yaacob, Tan Sri Samad Ismail dan banyak lagi seolah-olah tidak menyumbangkan apa-apa kepada kemerdekaan negara. Padahal mereka inilah yang menjadi penghuni rumah pasung British. Memang benar nasionalis ini berhaluan kiri tetapi mereka turut memperjuangkan kemerdekaan. Tetapi bagi sejarah dalam konteks Melaysia wajarkah kita memadam nama mereka sedangkan mereka juga berjuang?
Kalau kita memberi masa atau membuang masa melayan isu yang dibangkitkan oleh MCA, kita juga kena memberikan ruang yang sama untuk melihat semula kedudukan nasionalis Melayu yang disebutkan di atas tadi.
Malangnya orang Melayu tidak menggunakan sentimen kaum untuk mempersoalkan apabila nama-nama nasionalis Melayu digugurkan seperti MCA prihatin terhadap orang-orang Cina. Barangkali MCA kena belajar daripada orang Melayu bagaimana menilai dan memberi harga kepada kemerdekaan tanpa mengungkit siapa yang memperjuangkannya. Orang Melayu tidak pernah menulis surat kepada kerajaan mempersoalkan kenapa ada nasionalis Melayu yang dipadamkan nama mereka.
Orang Cina tidak perlu terlalu terperangkap dengan emosi mengenai sumbangan mereka dalam kemerdekaan. Sebaliknya mereka perlu melipatgandakan sumbangan untuk mengisi kemerdekaan dengan membina sekian banyak jerejak perpaduan dan persefahaman dengan kaum lain khususnya Melayu. Mempersoalkan kesahihan fakta sejarah orang Cina bukanlah menegakkan jerejak perpaduan tetapi menggoyahkan yang telah ada.

Membina negara bangsa

Penyusunan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang diumumkan baru-baru ini memperlihatkan rangkuman bidang tugas yang lengkap dan bersepadu. Kementerian ini merangkumi tiga bidang yang terpisah sebelum ini.

Menterinya Datuk Seri Dr. Rais Yatim menganggap bidang penyiaran dan komunikasi menuntut pengisian daripada segi nilai kebudayaan negara ini. Maka dengan rangkuman bidang dalam kementerian ini beliau mengharapkan kementerian tersebut mempunyai keupayaan yang lebih tinggi ke arah membina negara bangsa.

Pada masa yang sama bidang penyiaran dan komunikasi juga terdedah dengan cabaran besar dengan dasar langit terbuka yang mendekatkan rakyat dengan budaya yang dibawa dari luar. Dalam soal ini Rais menaruh keyakinan menerusi peruntukkan undang-undang yang ada, kementeriannya dapat memastikan komunikasi dan penyiaran tidak disalahgunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya.

“Kita harus bijak menggunakan kuasa di bawah undang-undang untuk menjana kesan dan hasil yang hendak kita capai,” demikian tegas Rais ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan Hafizahril Hamid di pejabatnya di Angkasapuri Selasa lalu.

MINGGUAN: Apa perasaan Datuk Seri apabila kembali kepada dua kementerian iaitu Penerangan dan Kebudayaan yang pernah diterajui sebelum ini?
RAIS: Saya anggap ini sebagai satu pengiktirafan dan penghormatan kepada satu-satunya landasan perkhidmatan bagi saya. Jadi saya bernasib baik bukan saja kali kedua dalam Kementerian Penerangan dan Kebudayaan malah ketika di Kementerian Luar juga saya berkhidmat buat kali kedua. Tapi ke Kementerian Kebudayaan merupakan kali ketiga iaitu kali pertama ketika bersama mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 1974. Penghormatan dan pengiktirafan ini saya junjung tinggi demi semangat membina negara bangsa. Saya akan cuba sedaya upaya menggunakan pengalaman untuk menjayakan apa jua dasar kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya tentang Satu Malaysia yang telah beliau umumkan.
Secara peribadi saya menganggap Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai satu adunan yang cukup lengkap. Apa pula pandangan Datuk Seri?RAIS: Saya setuju, sebenarnya Kementerian Penerangan sahaja tidak lengkap. Ini kerana dalam hal pengisian kebudayaan yakni cara hidup seni dan warisan jika tidak disekalikan sukar untuk menjadikannya popular atau diterima sebagai ruang asuhan hidup kita. Jadi dengan meletakkan kebudayaan di bawah Kementerian Penerangan sekali gus ia memudahkan kerja kita untuk menjana program dan mewujudkan nilai-nilai yang positif untuk membina negara bangsa.
Begitu juga dengan aspek komunikasi. Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia membantu secara perundangan dan kuasa-kuasa yang ada padanya boleh menggerakkan semua program melalui saluran-saluran televisyen dan radio yakni saluran media elektronik kepada negara dan rakyat keseluruhannya.

MINGGUAN: Bagaimana dengan pertembungan dasar langit terbuka? Adakah ini bermakna kita akan lebih terbuka dalam soal komunikasi dan penyiaran kita?
RAIS: Akta yang ada itu memberi pelbagai jurusan tugas, fungsi dan kuasa. Oleh itu kita harus bijak menggunakan kuasa di bawah undang-undang itu untuk menjana kesan dan hasil yang hendak kita capai. Langit terbuka ini bermula dengan Astro, dan nampaknya Astro telah berkembang dengan begitu hebat sekali sehingga menjadi satu syarikat gergasi yang kuat sehingga kerajaan kelihatan seolah-olah segan dengannya. Ini tidak seharusnya berlaku. Oleh itu bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung di Malaysia, Astro harus bekerjasama dengan kerajaan oleh kerana undang-undangnya adalah di bawah komunikasi.
Kerana itu kerajaan ingin mewujudkan kerjasama yang intim antara syarikat-syarikat yang berangkasa luas dengan kementerian ini supaya dalam bab yang berkaitan dengan pembinaan negara bangsa dapat mereka bantu. Bagaimanapun saya harus tegaskan juga bahawa kita tidak perlu keterlaluan memaksa mereka untuk membawa program-
program yang disajikan oleh kerajaan.
Memadai bagi mereka mewujudkan program mereka sendiri tetapi membantu kerajaan dalam mencapai matlamat Satu Malaysia. Satu perkara lagi ialah bagi syarikat-syarikat televisyen dan radio membawa segmen-segmen pembangunan Malaysia melalui dokumentari-dokumentari pendek yang boleh membuka vista pemandangan rakyat Malaysia apabila menonton saluran-saluran tersebut dan juga ketika mendengar melalui radio.
Pada hari ini berpuluh-puluh stesen radio tidak kurang 50 misalnya, jarang sekali segmen membina masyarakat itu didengar menerusi saluran mereka. Kebanyakan pengisiannya adalah hiburan, muzik dan celoteh yang langsung tidak mengindahkan apa yang kita perjuangkan dalam pembinaan negara bangsa. Cita-cita pembinaan negara bangsa ini penting dan adalah diharapkan mendapat kerjasama dari syarikat-syarikat penyiaran swasta.

Isu DUN PENANTI..... BN tidak bertanding

Wajarkah BN bertanding?
-sumber Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 18 April - Wajarkah Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan (DUN) Penanti?
Persoalan ini mendapat reaksi yang berbeza daripada pelbagai pihak.
Bagi yang menyokong penyertaan BN, mereka menegaskan apa jua pilihan raya kecil perlu disertai kerana ia platform demokrasi yang perlu diambil berat oleh semua parti apatah lagi bagi yang berstatus parti pemerintah selama 52 tahun.
Bagi yang tidak bersetuju, mereka berpendapat BN perlu menunjukkan protes terhadap parti pembangkang yang memperlekehkan sistem demokrasi dengan perkara yang remeh-temeh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, tiada sebab untuk BN memberikan kemenangan percuma kerana tidak semua pengundi di DUN Penanti bersetuju dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Kalau tidak bertanding kita macam sudah mengaku kalah, pembangkang walaupun di kubu kuat BN, mereka tetap bertanding. Semangat mereka kuat dan kita kena jadi macam itu juga.
"Kerusi ini kalah menang tidak akan memberi kesan kepada kita, jadi saya cadangkan biarlah UMNO dan komponen BN tempatan serta berdekatan seperti Kedah dan Perak yang turun berkempen berhabisan, bagi yang jauh seperti Kelantan atau Selangor tidak perlulah mereka ke Penanti," katanya sewaktu dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini pada satu majlis di Pekan, Pahang berkata, BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihan raya kecil DUN tersebut atau sebaliknya.
Pilihan raya kecil itu dijangka diadakan ekoran tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, BN mesti menyertai pilihan raya itu bagi mempertahankan integriti, prestij dan imejnya.
"Sebagai parti pemerintah sejak negara mencapai kemerdekaan, tindakan menarik diri daripada pilihan raya akan memberi gambaran BN kini gentar untuk berdepan dengan pembangkang.
"Kita tidak perlu takut untuk berdepan dengan mereka kerana pada masa depan saya percaya mereka akan mencuba helah lain memaksa lebih banyak pilihan raya kecil diadakan," katanya.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata, mana-mana parti politik yang memaksa diadakan pilihan raya kecil atas sebab-sebab selain kematian atau sakit sepatutnya dikenakan denda sewajarnya.
"Mungkin juga boleh dipertimbangkan supaya parti berkenaan dihalang dari bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut," katanya.
Beliau berkata, tindakan mengadakan pilihan raya kecil tanpa alasan kukuh, satu penyalahgunaan proses demokrasi selain membazir duit rakyat dan parti yang bertanding.
Sementara itu, Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustapha Ishak menganggap pilihan raya kecil itu adalah peluang terbaik BN memberi penjelasan kepada rakyat mengenai lakonan pembangkang dalam keghairahannya mempertahankan kuasa politik.
"BN mesti melihat setiap pilihan raya dengan serius, kalau dianggap beban ia akan memberi gambaran bahawa parti itu sudah 'letih'. BN tidak perlu rasa malu dan takut untuk hadapi sekali lagi kekalahan," katanya.
Sementara itu dalam nada berbeza, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim bersetuju BN tidak menyertainya kerana pilihan raya kecil itu tidak menyumbang kepada pembinaan bangsa.
Katanya, pilihan raya itu adalah hasil polemik politik kotor parti pembangkang bagi menghalalkan percaturan mereka.
"Wakil rakyat sesuatu kawasan merupakan amanah rakyat yang telah memilih mereka dengan cara demokrasi. Tindakan meletak jawatan hanya untuk mengadakan pilihan raya kecil adalah tindakan mengkhianati amanah itu," katanya.
Ketua Wanita UMNO, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berharap semua parti komponen BN akan menyokong cadangan Perdana Menteri bahawa BN mungkin tidak akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil berkenaan.
Katanya, walaupun Wanita UMNO sentiasa bersedia, pihaknya tidak bersetuju proses demokrasi di negara ini disalah guna dan diperlekehkan.
"Kita tidak mahu rakyat menjadi mangsa oleh kerenah individu dan kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah dalaman parti mereka," katanya.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula bimbang trend penyalahgunaan demokrasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu sehingga boleh mengelirukan rakyat tentang maksud sebenar konsep tersebut.
"Biarpun demokrasi memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat pilihan, namun tindakan sengaja mengosongkan kerusi tertentu bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil adalah tidak wajar," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican menyifatkan cadangan BN untuk tidak bertanding di DUN Penanti adalah tepat dan wajar.
"Tidak ada apa-apa yang perlu dibuktikan di DUN Penanti, selain proses pilihan raya menjadi alat permainan parti tertentu," katanya.

Komen: Saya BN Wajar bertanding kerana
1) BN parti pemerintah dan UMNO adalah tunjangnya.... pantang melayu undur sebelum melawan.
2) ISU penanyalahgunaan demokrasi oleh pihak tertentu tidak timbul kerana itu adalah cara mereka mentafsirkan demokrasai dan ia tidak menyalahi undang-undang
3) Tidak semua pengundi PENANTI adalah pro PR maka keputusan tidak meletakkan calon di PENANTI jelas menunjukkan pengkhiatan ke atas pengundi BN dan juga bukti BN tidak mengiktiraf sumbangan dan komitmen pemimpin BN tempatan.

Sabtu, 18 April 2009

FI China

GP China: Vettel mula petak depan
18/04/2009 5:06pm
-sumber Utusan Malaysia Online

SHANGHAI 18 April - Sebastian Vettel akan memulakan perlumbaan Grand Prix Formula Satu China esok di petak depan selepas mencatatkan masa terpantas pada sesi kelayakan yang berlangsung di Sirkit Antarabangsa Shanghai di sini.
Ini adalah kejayaan pertama pasukan Red Bull memulakan perlumbaan pada petak depan. Vettel mencatatkan masa terpantas 1 minit, 36.184 saat.
Petak kedua diisi oleh bekas juara dunia Fernando Alonso dari Renault diikuti oleh rakan sepasukan Vettel, Mark Webber dan pemandu Brawn GP, Rubens Barrichello. - AP

Keputusan kelayakan F1 di China
- sumber Berita harian

SHANGHAI: Berikutan kedudukan pelumba selepas pusingan kelayakan:
Barisan 1 - Sebastian Vettel (JER/Red Bull-Renault); Fernando Alonso (SEP/Renault)
Barisan 2 - Mark Webber (AUS/Red Bull-Renault); Rubens Barrichello (BRA/Brawn-Mercedes) Barisan 3 - Jenson Button (BRI/Brawn-Mercedes); Jarno Trulli (ITA/Toyota)
Barisan 4 - Nico Rosberg (JER/Williams-Toyota); Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari)
Barisan 5 - Lewis Hamilton (BRI/McLaren-Mercedes); Sebastien Buemi (SUI/Toro Rosso-Ferrari)
Barisan 6 - Nick Heidfeld (JGER/BMW Sauber); Heikki Kovalainen (FIN/McLaren-Mercedes)
Barisan 7 - Felipe Massa (BRA/Ferrari); Kazuki Nakajima (JPN/Williams-Toyota)
Barisan 8 - Sebastien Bourdais (PER/Toro Rosso-Ferrari); Nelson Piquet Jr (BRA/Renault)
Barisan 9 - Robert Kubica (POL/BMW Sauber); Adrian Sutil (JER/Force India-Mercedes)
Barisan 10 - Timo Glock (JER/Toyota); Giancarlo Fisichella (ITA/Force India-Mercedes)
* Glock dikenakan penalti dari grid kelapan ke barisan 10.

kekecohan Politik Perak

Notis sidang DUN dikeluar tanpa pengetahuan saya - Sivakumar

18/04/2009 3:32pm
IPOH, 18 April — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar hari ini mendakwa notis untuk DUN Perak bersidang pada 7 Mei ini telah dikeluarkan Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri tanpa pengetahuan dan persetujuan beliau (Sivakumar) terlebih dahulu.
Sehubungan itu, Sivakumar berkata beliau telah menggantung tugas Abdullah sebagai Setiausaha DUN kerana mengeluarkan notis tersebut yang dianggap sebagai satu tindakan ketidakpatuhan.
“Saya dengan ini bersetuju melantik Mohd Misbahul Munir Marduki untuk menggantikan beliau sebagai Setiausaha DUN sehingga saya mengeluarkan keputusan selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar di Wisma DAP di sini hari ini.
Sivakumar berkata akan menulis surat untuk mendapatkan pengesahan dan penjelasan daripada pihak Istana berhubung perkara itu kerana sebarang notis untuk memanggil DUN bersidang mestilah dilakukan dengan pengetahuan dan persetujuan Speaker.
“Sementara itu, persidangan DUN yang dikatakan akan berlangsung pada 7 Mei tidak boleh diteruskan sementara menunggu untuk mendapatkan penjelasan.
Persidangan DUN berkenaan terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh lain berikutan keperluan untuk memberikan notis 14 hari kepada Anggota DUN,” katanya.
Semalam Abdullah mengesahkan bahawa beliau telah mengeluarkan notis untuk bersidang pada 7 Mei kepada semua anggota DUN mulai semalam.
Abdullah juga berkata pihaknya telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung persidangan DUN itu semalam dan baginda berkenan menandatangani surat pengisytiharan berhubung persidangan itu.
Kali terakhir DUN Perak bersidang adalah pada 13 Nov 2008 dan sekiranya dewan berkenaan tidak bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir itu maka DUN Perak akan bubar secara automatik dan pilihan raya bagi DUN perlu diadakan.

mengulas berita tersebut. SUK Negeri Perak mengulas seperti berikut

Tindakan gantung tugas Setiausaha DUN tidak sah
18/04/2009 8:18pm
IPOH 18 April — Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak seperti yang dilaporkan media hari ini adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan, kata Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.
Beliau berkata jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Perak.
“Proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selepas itu selaku SUK kerajaan negeri Perak dan bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak.
“Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah,” katanya di sini hari ini. - Bernama

Button buru hatrik

SHANGHAI: Jenson Button bermula cemerlang dalam meneruskan usahanya merangkul kedudukan podium ketiga berturut-turut menerusi catatan pantas sepusingan ketika dua sesi latihan di Grand Prix China, semalam.Pelumba Britain itu, yang menjuarai dua perlumbaan pertama musim ini selepas bermula di petak pertama, sekali lagi mempamerkan kepantasan jentera Brawn GP dengan catatan 1 minit 35.679 saat dalam sesi kedua.“Kami banyak memperbaiki kereta sepanjang hari, tapi masih ada beberapa perubahan yang perlu dilakukan sehingga kami benar-benar berpuas hati,” kata pelumba berusia 29 tahun itu, yang kini mendahului kedudukan keseluruhan pelumba dengan 15 mata, lima mata di depan rakan sepasukannya, Rubens Barrichello.“Nampaknya keadaan agak sibuk di litar, hari ini (semalam), jadi tumpuan utama saya ialah mencari ruang.”

Pelumba Williams, Nico Rosberg dari Jerman turut lewat beraksi sebelum mencatat 1.35.704s bagi mengatasi Barrichello (1.35.881s) dan menafikan kemaraan Brawn GP dalam menguasai dua kedudukan teratas.
“Perkara paling utama bagi kami ketika ini ialah kami perlu konsisten dari satu litar ke litar lain,” kata Rosberg, yang pantas ketika sesi latihan, namun gagal mencipta keputusan memberangsangkan ketika perlumbaan setakat ini.“Kami akan terus berlumba dan tidak akan melakukan sebarang kejutan besar selepas belajar daripada kesilapan tahun lalu.”Brawn dijangka terus menguasai litar, hujung minggu ini, selepas penyurai angin belakang jentera pasukan itu disahkan penggunaannya, Rabu lalu. Bagaimanapun, pelumba Red Bulls, Mark Webber dan Sebastian Vettel - keempat dan kelima terpantas - membuktikan mereka masih mampu berlumba pantas tanpa menggunakan penyurai angin itu.“Kami melalui suasana pemanduan yang memuaskan, hari ini (semalam), jadi kami akan melihat prestasi esok (hari ini),” kata Webber.Juara dunia, Lewis Hamilton pula berusaha mengetepikan masalahnya bersama pasukan McLaren dengan mencatat masa terpantas ketika sesi latihan pertama sebelum ketinggalan di sesi kedua.Pelumba Britain berusia 24 tahun itu, yang bergelut mempertahankan kejuaraan selepas bergelut dan terbabit dengan kontroversi di litar, menamatkan sesi kedua dengan kedudukan ke-13 di litar yang pernah menjulangnya selaku juara dunia pada musim 2008. - Reuters

- sumber Harian Metro Online

Zambry dahului senarai penerima darjah kebesaran Perak

KUALA KANGSAR: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81 keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok. Dr Zambry bersama-sama Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha dan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta, Seri Amar Diraja Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri. Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Markas Angkatan Tentera, Lt Jen Datuk Dr Sulaiman Abdullah dan Panglima Tentera Laut Laksamana, Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar adalah dua penerima Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.
Sempena ulang tahun keputeraan baginda kali ini, Sultan Azlan Shah turut mengurniakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada 44 penerima. Dua penerima darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) ialah anggota Exco kanan kerajaan negeri Perak Hamidah Osman dan Duta Malaysia ke Ireland, Raja Nazrin Raja Aznam. Seramai 33 orang pula menerima darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP). Mereka terdiri ahli Exco kerajaan negeri Dr Mah Hang Soon; Datuk Bandar Ipoh, Roshidi Hashim; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak kawasan Kenering, Mohd Tarmizi Idris; Adun kawasan Rungkup, Sha'arani Mohamad; Ketua Pengarah Arkib Negara, Sidek Jamil; Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Yaakop Fakir Mohd.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Abu Bakar Said; Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak, Dr Safry Kamal Ahmad; Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Masran Salleh; Pengarah Perkhidmatan Teknikal Jabatan Mineral dan Geosains, Mohamad Noor Ayoob; Timbalan Pengerusi Eksekutif TSH Resources Berhad, Datuk Dr Tan Aik Pen; Ketua Pakar Perunding Kanan Paediatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr Amar Singh; Pakar Perunding Patologi di HRPB, Dr Norain Karim; Pengarah Urusan KTM Berhad, Abdul Radzak Abdul Malek; Yu Kuan Huat dari YNH Property Berhad; serta Cheah Keng Meng; Hamdan Ahmad; Mohd Azmi Othman; Dr Mukudan Krishnan; Dr Alagappa Muthiah; Lt Kol (B) Justpall Singh Sandhu; Dr Sarjeet Singh. Pengurus Besar Ang Piew Artist Sdn Bhd, Ong Ang Kieu; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Masterskill Education Berhad, Datuk R Santhara Kumar; Presiden Persatuan Pergigian Malaysia, Dr S Sivanesan; Pengarah KL Kepong, Taiko Yeoh Eng Khoon; Pengarah Urusan Remco, Mohd Syaifu Abdullah; Pengerusi FMM Perak, Gan Tack Kong; serta Goon Eng Wah; Chung King Tong; Ten Choo Lai; dan Wan Azahari Yom Ahmad. Sembilan penerima darjah Datuk Pahlawan Taming Sari ( DPTS) yang membawa gelaran Datuk ialah Panglima Markas 2 Briged, Brig Jen Datuk Zulkifli Mansor; Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital TLDM Lumut, Brig Jen Dr Zulkaflay Rahman; Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Pertama, Syed Zahiruddin Putra; Panglima Bantuan TLDM Lumut, Laksamana Pertama Abdul Rahman Abdul Karim; Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Abdul Ghani Othman.
Asistan Ketua Staf Tadbir Markas Tentera Udara di Kementerian Pertahanan, Brig Jen Datuk Mohammad Noh Mohd Said; Panglima 2 Divisyen Udara TUDM Labuan, Brig Jen Datuk Khairul Bakri Mustafa; Timbalan Ketua Polis Perak, SAC I Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua Cawangan Khas PDRM Perak, SAC II Sulaiman Mohamad. Antara tujuh penerima Tauliah Jaksa Pendamai (JP) ialah bekas Ahli Parlimen Gerik, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh. Sultan Perak menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada 10 penerima, Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) kepada 45 penerima, Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) kepada 21 penerima dan Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) kepada 178 penerima. Seramai 222 orang menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 257 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 10 menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP). Antara penerima PCM ialah Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Omor Saad dan Pegawai Daerah Kerian, Ismail Hassan. Pengarah NAM News Network, Rachman Yeop Norodin adalah bekas Editor Eksekutif Bernama dianugerahkan PMP manakala Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama, Mikhail Raj Abdullah; Ketua Biro New Straits Times Perak, Muhammad Husairy Othman; Ketua Biro Berita Harian Perak, Ridzuan Yop; pemberita Tamil Nesan, S Balakrishnan dan pemberita RTM Perak, Samat Majid dianugerah AMP. Timbalan Ketua Unit Foto Bernama, Zid Omar, pemberita Utusan Malaysia, Angelina Sinyang, dua pemberita The Star, Sylvia Looi Lee Phing dan Christina Koh Siew Kim, serta pemberita Nanyang Siang Pau, Tan Kay Aun dianugerah PPT. Jurugambar Berita Harian, Ikhwan Munir dan jurugambar Bernama Md Dusa Abas pula adalah antara penerima PJK. - Bernama

-sumber Berita Harian Online

Berita Pilihanraya penanti

Trend baru sebab adakan pilihan raya kecil

Oleh ZULKIFLI
JALILpengarang@utusan.com.my
- sumber Utusan Malaysia Online

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (gambar) mengeluh panjang semalam. Bukan kerana penat atau bosan mengendalikan siri pilihan raya kecil yang sejak SPR diterajuinya 31 Disember lalu, sudah empat pilihan kecil diuruskan dan menyusul kelima, Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang.
Tetapi kepada Abdul Aziz, 59, kekosongan sesuatu kerusi memerlukan SPR mengembalikan semula suara demokrasi itu kepada rakyat untuk membuat pilihan. Cuma, kebelakangan ini beliau nampak seolah-olah terjadinya sesuatu pilihan raya kecil itu tidak ubah semacam 'satu trend' yang digemari pihak tertentu.
"Kalau sudah terpaksa kerana penyandangnya meninggal dunia tidak mengapalah, tapi kekosongan itu berpunca daripada masalah dalaman parti itu sendiri. Kadang kala hanya berkisar siasatan ke atas wakil rakyat, itu belum tahu kena dakwa atau tidak.
"Kalau AG (Peguam Negara) kata tidak cukup bukti, maka lepaslah dia, dan kalau kena dakwa sekalipun, kita tidak tahu dia bersalah atau tidak... mungkin tak salah. Itu persoalan kekosongannya," kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.
Abdul Aziz bukan bermaksud mahu 'menyibuk' tetapi menegaskan itu adalah suara hati rakyat dan isi hatinya termasuk semua ahli suruhanjaya badan itu.
"Undang-undang tetap perundangan tetapi sebagai rakyat, kita kena fikir kos yang tinggi untuk mengendalikan sesuatu pilihan raya yang tidak disebabkan faktor keperluan - meninggal dunia," katanya sambil memberitahu untuk kos pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tempoh hari sahaja, SPR membelanjakan RM450,000 manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM), RM16 juta.
Untuk Parlimen Bukit Gantang pula, kos pengendalian SPR adalah RM700,000 sementara DUN Bukit Selambau dan Batang Air masing-masing RM500,000. Kos yang telah diperuntukkan kepada PDRM untuk langkah-langkah keselamatan di ketiga-tiga pilihan raya kecil itu dijangka meningkat lebih RM30 juta.
"Inilah kos ditanggung yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat terutama dalam krisis ekonomi sekarang. Itu belum lagi risiko yang terpaksa dihadapi seperti kekecohan oleh penyokong parti-parti bertanding.
Kerana itu, Abdul Aziz berkata, untuk persediaan menghadapi pilihan raya kecil DUN Penanti, SPR sedang memikirkan sesuatu.
Antara yang dipertimbang untuk dilaksanakan ialah mentiadakan pondok panas (untuk pengundi memeriksa nama dan saluran mengundi) pada hari pengundian serta menguatkuasakan larangan kempen selepas pukul 12 tengah malam sebelum pengundian keesokannya.
"Masalahnya, pada pagi hari pengundian itulah yang paling getir cabaran yang dihadapi SPR dan polis. Para penyokong bukan di situ sahaja malah datang merata dari seluruh negara mencecah hingga 50,000 orang sekadar mahu menunjukkan 'kekuatan,' pengundi pula jadi takut dan susah untuk keluar, jalan sesak dan budaya samseng bermaharajalela," ujarnya.
Mengambil kira pengalaman pahit SPR di Permatang Pauh tahun lalu, keserabutan sama dibayangkan Abdul Aziz bakal berulang di DUN Penanti yang berada dalam kawasan Parlimen itu.

Jumaat, 17 April 2009

Ular sawa lagi

Anak ular sawa terlepas, penerbangan dibatal

MELBOURNE: Empat anak ular sawa terlepas daripada sebuah kontena dalam pesawat penumpang di Australia, menyebabkan penerbangan dibatalkan untuk mencari ular berkenaan. Kira-kira 12 ular sawa Stimson yang tidak berbisa itu diletakkan dalam beg yang diisi dalam kotak plastik dengan lubang udara di bahagian kargo pesawat itu dari Alice Springs ke Melbourne Selasa lalu. Apabila ia mendarat, didapati empat daripadanya berjaya keluar daripada beg berkenaan, kata jurucakap syarikat penerbangan Qantas. - AP

- sumber Berita Harian Online

Mesin jahit ‘ibu duit’

RIYADH 16 April – Polis Arab Saudi menyiasat punca menularnya cerita karut yang menyebabkan ramai rakyatnya percaya bahawa mesin jahit lama boleh menjadi ‘ibu duit’ kerana ia mengandungi bahan yang mistik dan sukar ditemui iaitu raksa merah (red mercury).
Akhbar Arab Saudi pada Selasa lalu, menyiarkan gambar menunjukkan orang ramai bergambar dengan penuh bangga di sebelah mesin jahit lama mereka, yang menanti bakal pembeli.
Akhbar berbahasa Inggeris, Saudi Gazette melaporkan, ada pembeli sanggup membayar sehingga 200,000 riyal (RM200,000) untuk sebuah mesin jahit lama berjenama Singer yang kononnya ‘terbukti’ mengandungi raksa merah.
Di Asia Barat, raksa merah dipercayai boleh membantu mencari harta karun dan teori lain mengatakan ia boleh diguna untuk membina bom nuklear. – REUTERS

- sumber Utusan Malaysia Online

MB Perak boleh hadir DUN

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my
- sumber Utusan Malaysia Online

PUTRAJAYA 16 April – Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri berhak menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang selepas keputusan penggantungan dan larangan oleh Speaker DUN, V. Sivakumar diisytiharkan tidak sah di sisi undang-undang.
Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman bersejarah itu sebulat suara berpuas hati bahawa Sivakumar bertindak di luar bidang kuasanya menjadikan keputusan yang dibuat hampir dua bulan lalu itu adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) dan terbatal.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff ketika membacakan penghakiman ringkasnya menyatakan, panel itu memutuskan demikian selepas menggunakan kuasa dan membuat tafsiran terhadap dua isu perlembagaan di bawah Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak 1957.
Menurutnya, mahkamah mendapati Perkara 44 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak ketika dibaca bersama Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 membawa maksud penggantungan dan larangan terhadap Zambry selama 18 bulan, adalah tidak sah dan terbatal.
Hakim Alauddin turut menyatakan, undang-undang itu ketika dibaca bersama juga membawa maksud serupa berhubung tindakan penggantungan dan larangan menghadiri persidangan Dewan selama 12 bulan yang dikenakan kepada enam Exco terbabit.
Menurut beliau, dengan keputusan itu, saman pemula yang difailkan oleh ketujuh-tujuh mereka di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi memohon deklarasi agar keputusan penggantungan dan larangan itu diketepikan, selesai.
Turut bersidang, Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman, Datuk Seri S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.
Selain Zambry, enam Exco tersebut ialah Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon.
Barisan peguam terdiri daripada Sulaiman Abdullah yang mewakili Sivakumar manakala Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Datuk Mohd. Hafarizam Harun mewakili ketujuh-tujuh pemohon. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili pihak kerajaan selaku pencelah.
Pada 18 Februari lalu, Sivakumar mengambil tindakan mengejut dengan menggantung dan melarang Menteri Besar bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 dan 12 bulan.
Berikutan itu, pada 2 Mac lalu, Zambry dan enam Exco itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN dan memohon pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam persidangan Dewan dan menjalankan kewajipan masing-masing.
Sementara itu di luar mahkamah, Firoz Hussein memberitahu pemberita, keputusan hari ini amat penting kerana dua pertikaian mengenai isu perlembagaan melibatkan kuasa Speaker DUN, kini selesai.
Menurut beliau, pada 9 April lalu, panel berlainan memutuskan Speaker DUN tidak berhak menentukan kekosongan tiga kerusi DUN di Perak kerana entiti yang layak berbuat demikian ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Firoz berkata, keputusan terdahulu dengan sendirinya menjadikan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) merupakan ADUN yang sah bagi ketiga-tiga kerusi tersebut.
“Keputusan hari ini pula memberi kuasa dan kebenaran kepada Menteri Besar dan enam Exco itu menghadiri sidang Dewan yang dijadualkan bermula sebelum 9 Mei ini jika mendapat perkenan Sultan Perak,” jelasnya.
Dalam pada itu, Sulaiman berkata, beliau berpuas hati kerana walaupun ia tidak memihak kepada Sivakumar, sekurang-kurangnya masyarakat kini boleh mengikuti dan menilai isu perlembagaan dan pertikaian di Perak secara terbuka.
“Menang atau kalah perkara biasa, Speaker DUN membuat keputusan berlandaskan undang-undang setelah dinasihati peguam. Beliau tiada niat untuk melanggar undang-undang, malangnya mahkamah tidak bersetuju,” katanya.
Menurut Sulaiman, pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut daripada Sivakumar sama ada memfailkan permohonan bagi menyemak keputusan hari ini atau sebaliknya.

Bahaya fahaman Islam liberal

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
- sumber Utusan Malaysia online

Islam amat menitikberatkan soal akidah kerana ia merupakan tunjang kepada syariat yang telah dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Malah jika disusuri sejarah, perkara pertama yang diberi tumpuan oleh Rasulullah ketika baginda berada di Kota Mekah selepas dilantik sebagai Nabi dan Rasul ketika berusia 40 tahun adalah untuk menanam akidah Islam di kalangan puak Arab Jahiliah pada masa itu.
Sepanjang tempoh 13 tahun baginda tidak pernah merasa jemu untuk mengajak puak Arab Jahiliah untuk mengakui keesaan Allah walaupun ada kalanya baginda disakiti, dicemuh dan dimaki khususnya di kalangan pemimpin-pemimpin mereka seperti Abu Lahab dan Abu Jahal.
Cabaran apa yang tidak pernah dirasai oleh Rasulullah. Daripada cubaan bunuh, disakiti secara fizikal, dicemuh dengan kata-kata kesat dan dihina, malah baginda serta sahabat-sahabatnya juga pernah diboikot oleh kaum Arab Jahiliah kerana usaha dakwah baginda.
Segala dugaan dan rintangan yang dihadapi tidak pernah mematahkan semangat Rasulullah kerana baginda tidak sanggup melihat kaumnya terus hidup dalam kesesatan.
Rasulullah mahu melihat kaum Arab Jahiliah yang pada masa itu menyembah berhala selain suka mengamalkan maksiat serta berbunuhan sesama sendiri, mengamalkan Islam dengan menyembah Allah yang maha Esa.
Berkat kesabaran Rasulullah perjuangan baginda dengan dibantu oleh para sahabatnya telah menampakkan kejayaan selepas berlaku peristiwa hijrah ke Madinah.
Dalam tempoh 10 tahun baginda di Madinah, syariat Islam yang sebelum ini hanya menyentuh soal akidah ketika Rasulullah berada Mekah telah dilengkapkan dengan menyentuh mengenai persoalan ibadat, undang-undang Islam, muamalat, peperangan, munakahat dan hubungan diplomatik.
Ringkasnya, selepas peristiwa hijrah, Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia dan lebih penting lagi Rasulullah telah membentuk negara mengikut syariat Allah.
Berbalik dalam soal akidah, Rasulullah tidak pernah berkompromi kerana ia merupakan tunggak atau ketentuan kepada keislaman seseorang.
Mereka yang telah memeluk Islam dilarang untuk kembali ke agama asal, malah jika itu yang berlaku hukuman bunuh boleh dikenakan sekiranya enggan bertaubat kembali.
Peruntukan itu adalah berdasarkan hadis Rasulullah dengan maksudnya; "Barang siapa yang menukar agamanya hendaklah kamu bunuh ia,".
Jelas, Rasulullah yang merupakan Nabi terakhir dan yang melengkapkan ajaran Islam tidak pernah bertolak ansur dalam soal pemeliharaan akidah.
Syariat telah menetapkan bahawa memelihara akidah adalah wajib ke atas semua umat Islam dan mereka juga wajib mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah.
Justeru, dalam konteks zaman moden ini tuntutan serta kewajipan memelihara akidah tetap tidak berubah.
Malah berdasarkan Perlembagaan Malaysia terdapat peruntukan khusus yang menyekat agama lain disebarkan kepada orang Islam dan tujuannya itu adalah untuk memelihara akidah umat Islam di Malaysia.
Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini telah muncul sekumpulan yang boleh digelarkan sebagai 'Muslim liberal' dan mereka terdiri daripada golongan profesional Islam.
Amat menakutkan sekali kumpulan itu cuba menyebarkan fahaman kebebasan beragama mengikut acuan Barat selain boleh berkompromi dalam soal murtad.
Fahaman yang cuba dibawa oleh kumpulan terbabit amat bertentangan dengan syariat Islam yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah SAW.
Berhubung dengan isu tersebut Penolong Profesor Kulliyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Kamal berpendapat keadaan itu amat berbahaya kerana fahaman tersebut boleh merosakkan akidah umat Islam di negara ini.
Sehubungan itu beliau meminta masyarakat Islam supaya menolak fahaman seperti itu kerana ia boleh menjejaskan akidah.
Tegas beliau, tiada istilah kebebasan beragama dalam Islam kerana tiada agama lain yang sebaik dan semulia Islam malah hukuman paling keras perlu dikenakan ke atas golongan yang sengaja meninggalkan Islam.
Islam merupakan agama yang sejajar dengan fitrah manusia dan syariatnya adalah untuk semua manusia tidak kira kaum, warna kulit, tempat dan latar belakang.
Bagaimanapun Mohd. Hisham berkata, Islam memberi kebebasan kepada golongan bukan Islam untuk mengamalkan agama masing-masing dan hak-hak tersebut sentiasa dilindungi.
"Mereka juga bebas untuk menyebarkan agama mereka kepada orang bukan Islam yang lain tetapi bukan untuk orang Islam. Larangan itu bertujuan untuk menjaga agama dan keimanan orang Islam," katanya.
Sebagai contoh, katanya, Khalifah Islam yang pertama Saidina Abu Bakar sentiasa mengingatkan tentera-tenteranya agar tidak merobohkan rumah-rumah ibadat atau menyerang mereka yang sedang ibadat setiap kali berlaku peperangan.
Justeru Mohd. Hisham mengingatkan walau sehebat mana ilmu seseorang itu, syariat telah menetapkan bahawa fahaman kebebasan beragama hanya boleh diamalkan di kalangan orang bukan Islam sahaja.
"Trend ini (kebebasan beragama) amat membimbangkan kita kerana kumpulan yang membawa fahaman ini terdiri daripada orang Islam sendiri. Kita khuatir akan ada orang Islam yang akan terpengaruh.
"Jika ini yang berlaku, ia sesuatu yang amat malang kerana Islam tidak berkompromi dalam soal pemeliharaan akidah. Malah berdasarkan hukum Islam, mereka yang keluar daripada agama Islam boleh dihukum bunuh," kata Mohd. Hisham lagi.
Paling menakutkan beliau ialah terdapat usaha di kalangan profesional Muslim melakukan apa saja termasuk menyalahtafsir ayat al-Quran untuk membenarkan kebebasan agama berlaku.
"Perkara ini telah pun dilakukan yang mana terdapat di kalangan mereka menyalah tafsir ayat ke 256 surah al-Baqarah (yang bermaksud): "Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)," katanya.
Beliau berkata, mereka membuat tafsiran bahawa ayat itu membenarkan tindakan seorang pedagang Syam memurtadkan dua anak seorang Muslim daripada puak Ansar kerana Rasulullah tidak bertindak memburu mereka.
"Sebenarnya mereka salah faham. Keputusan Rasulullah tidak menghantar tentera memburu dua orang yang murtad itu sehingga ke Syam adalah kerana baginda menghormati kedaulatan wilayah Syam yang ketika itu dikuasai oleh kerajaan Rom.
"Apa yang dilakukan oleh Rasulullah berkait rapat dengan bidang kuasa dan undang-undang antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, pentafsiran golongan terbabit terhadap ayat tersebut amat mengelirukan dan ia juga membuka ruang kepada gerakan untuk memurtadkan umat Islam.
"Islam amat menitikberatkan pemeliharaan akidah dan Islam tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang cuba merosakkan akidah dan iman umat Islam. Ini perintah Allah dan Rasul-Nya," katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Hisham berkata, kecenderungan profesional Islam berkenaan berbuat demikian juga disebabkan mereka terpengaruh dengan pendapat Muslim liberal di luar negara.
"Kita wajib mempertahankan kesucian akidah Islam daripada tercemar dengan apa cara sekalipun.
"Jangan benarkan golongan ini mempengaruhi pemikiran umat Islam dengan pandangan mereka yang salah dan mengelirukan," tambahnya

Khamis, 16 April 2009

Lelaki gigit ular sawa terselamat

NAIROBI: Seorang lelaki Kenya menggigit ular sawa untuk menyelamatkan diri selepas dia dibelit dan ditarik ke atas pokok dalam pertarungan beberapa jam, lapor media semalam. Seorang pengurus ladang, Ben Nyaumbe, bekerja pada hujung minggu lalu apabila reptilia itu yang mungkin memburu ternakan, tiba-tiba menyerang ketika dia berada di kawasan Malindi dekat persisiran Lautan Hindi. "Saya terpijak satu benda lembut dan tiba-tiba kaki saya dibelit ular sawa besar," katanya kepada akhbar Daily Nation.
Apabila ular itu membelit badannya, Nyaumbe, menggunakan tindakan terdesak: "Saya terpaksa menggigitnya." Ular itu kemudian membawanya ke atas pokok. Tetapi, apabila ia melonggarkan belitan, Nyaumbe dapat mencapai telefon bimbit dari dalam poket dan menggunakannya untuk meminta bantuan. Apabila penyelia ladang datang bersama anggota polis, Nyaumbe melemaskan ular itu dengan menggunakan bajunya, manakala penyelamat mengikat ular dan menariknya.
"Kami sama-sama jatuh," kata Nyaumbe, yang mengalami luka ringan. Ular sawa itu, bagaimanapun, gagal ditangkap. - Reuters

Komen: Nyaumbe memang hebat sebab berjaya mengelakkan diri dari di bunuh oleh ular sawa itu tapi ular sawa itu pon hebat jugak sebab berjaya melarikan diri

Rabu, 15 April 2009

Paskal kini bergelar KD Panglima Hitam

LUMUT: Pasukan Khas Laut (Paskal) yang merupakan unit komando Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini ditauliahkan dengan gelaran KD Panglima Hitam. Panglima TLDM, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar, berkata sebagai aset strategik negara, pentauliahan itu adalah satu penghormatan dan pengikhtirafan yang tinggi. "Sesungguhnya pentauliahan ini memberi makna yang cukup besar khususnya kepada pasukan ini dan TLDM kerana pasukan ini banyak menyumbang jasa dan bakti dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara.
"Nama Panglima Hitam dipilih berdasarkan kepada gelaran pahlawan terdahulu yang melambangkan perilaku gagah, taat setia, tegas dan berwibawa," katanya pada majlis penamaan dan pentauliahan Paskal di Pangkalan TLDM Lumut, di sini. Cadangan nama Panglima Hitam adalah ilham Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Dipertua TLDM, kata Abdul Aziz. Beliau berkata pentauliahan itu amat bertepatan dengan jasa dan pengorbanan yang disumbangkan pasukan itu dalam operasi menyelamat dan operasi cegah jenayah seperti Ops Fajar di Somalia, yang telah memperlihatkan keunggulan dan komitmen yang tidak berbelah-bahagi.
"Menjadi harapan seluruh warga TLDM agar semua peringkat pegawai dan anggota KD Panglima Hitam terus mempertingkatkan taraf profesionalisme mereka sebagai sebuah unit khas yang digeruni di persada maritim antarabangsa," katanya. Mengenai Ops Fajar di Teluk Aden, beliau berkata operasi itu akan ditamatkan pada 30 April ini berikutan kemelesetan ekonomi pada masa ini. "Memandangkan tidak banyak lagi kapal dagang yang lalu di kawasan berkenaan, kita ambil keputusan untuk tamatkan operasi ini," katanya. - Bernama

Komen : PASKAL adalah kebanggaan TLDM

Pengarah didenda RM10,000 guna perisian cetak rompak

KUALA LUMPUR 15 April — Akibat menggunakan perisian cetak rompak bagi kegunaan syarikat pengiklanannya, seorang pengarah didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman tersebut setelah Nor Zailam Hasan, 44, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut, dan jika gagal membayar denda beliau akan dikenakan hukuman penjara selama enam bulan.
Nor Zailam didakwa memiliki bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian dan domestik tiga unit salinan langgaran (software @ perisian cetak rompak) karya sastera dalam bentuk program komputer di dalam dua unit komputer.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di ACICC Malaysia, 302B & 302C, Lorong Perak, Melawati Square Business Centre, Taman Melawati, 51300, Kuala Lumpur.
Bagi kesalahan tersebut dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1)(d) Akta Hakcipta 1987 dan dihukum mengikut Seksyen 41 (1)(i) Akta Hakcipta 2003 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. - Bernama

sumber : Utusan Malaysia Online 15 April 2009

Komen : Gunalah perisian Ori.... hehehehe

Proton perlu rakan global

Oleh JOHARDY IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my
Utusan Malaysia Online 15 April 2009

HARI ini memberi signifikan yang besar kepada syarikat kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) Berhad. Malam ini, Proton akan melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang pertama, Proton Exora.
Pasukan pengurusan syarikat itu yang cuba merahsiakan rupa sebenar Exora sejak Januari lalu kepada umum, akan boleh menarik nafas lega esok. Tiada lagi rungutan atau sungutan terhadap media arus perdana yang menyiarkan gambar Exora di muka depan.
Signifikan yang kedua ialah kembalinya arkitek kepada kelahiran Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam aktiviti syarikat setelah merasakan fungsinya sebagai penasihat Proton tidak diendahkan sebelum ini.
Tun Mahathir dijangka akan turut bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pentas malam ini untuk merasmikan Proton Exora.
Sebagai Penasihat Proton, Tun Mahathir dilihat akan memberi sokongan supaya Proton mencari kekuatan menerusi pakatan, sama ada secara strategik berasaskan projek atau penjualan ekuiti dalam syarikat. Ini adalah tema hala tuju Proton sebelum isu M.V Agusta menjadi tajuk berita utama dunia automotif.
Kemelut dalam industri automotif global turut menyaksikan syarikat Amerika, Chrysler dan syarikat Itali, Fiat telah bersetuju untuk bergabung bagi membantu perniagaan masing-masing yang merudum.
Persoalannya dalam keadaan ekonomi global sekarang yang lemah, siapa yang sudi atau mampu memberi tawaran kepada Proton.
Peluang terbaik pada Proton dulu ialah Volkswagen AG tetapi beberapa hari sahaja sebelum perjanjian hendak dimeterai, ia dibatalkan atas gesaan pihak tertentu termasuk pengurusan tertinggi Proton sendiri.
Seandainya mahu menawarkan kepada Volkswagen sekarang pun belum tentu ia boleh menjadi realiti. Kemungkinan itu menjadi gelam tatkala Volkswagen berdepan dengan kemelut pasaran yang lemah di Eropah, yang merupakan pasaran utamanya di dunia.
Fenomena yang sama membelenggu syarikat-syarikat automotif global yang lain seperti General Motors (GM) dari Amerika Syarikat yang pernah menyuarakan minat untuk menjalin hubungan rasmi dengan Proton. Malangnya GM sendiri pun kini terpaksa melutut meminta bantuan Presiden Barack Obama untuk kesinambungan hidup.
Jadi tinggal siapa? Renault mungkin. Tetapi banyak lagi usaha perlu dilakukan bukan sahaja di pihak Proton tetapi paling penting di pihak pentadbiran kerajaan baru Malaysia untuk meyakinkan ikon automotif Carlos Ghosn supaya benar-benar yakin penyertaan Renault/ Nissan boleh memberi nilai tambah kepadanya.
Maksudnya, tiada campur tangan berlebihan daripada mana-mana pihak seperti yang diperkatakan dalam rundingan Volkswagen dulu. Gabung tetapi tanpa perlu menggadaikan identiti Proton sebagai hak milik mutlak rakyat Malaysia.
Apakah masalah yang membelenggu syarikat berusia 23 tahun ini? Proton masih berdepan dengan isu kekurangan skala ekonomi daripada aspek jualan yang secukupnya. Cubaannya untuk memberi fokus kepada pengeksportan kereta-kereta Proton nampaknya masih 'ala kadar'.
Segmen eksportnya masih belum mampu menyaingi jualan domestik dan ini merunsingkan, terutama kepada para pemegang saham.
Lantaran itu, apabila Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir dipetik oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris menyarankan kesemua kereta berstatus nasional di Malaysia disatukan, ia menimbulkan semula polemik yang pernah dibangkitkan lama dahulu.
Dalam konteks di atas, industri automotif nasional akan mendapat lebih banyak manfaat menerusi penggabungan Proton dengan Perodua, Naza dan Inokom. Masalah sampingannya ialah tatkala Proton sudah bebas daripada pakatan dengan Mitsubishi Motors Co., Perodua kekal teguh dengan Daihatsu Motor dan tidak kelihatan Naza akan melepaskan Peugeot dan Kia; atau Inokom meninggalkan Hyundai.
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) diwujudkan bagi memacu pembangunan kereta-kereta kecil di negara ini pada 1993. Perodua adalah sebuah syarikat usaha sama antara rakan kongsi Malaysia dan Jepun dengan pegangan ekuiti dipegang oleh Kumpulan UMW sebanyak 38 peratus saham, Daihatsu Motor (20 peratus), MBM Resources Bhd. (20 peratus), PNB Equity Resources Corp. Sdn. Bhd. (10 peratus), Mitsui & Co (7 peratus) dan Daihatsu Malaysia (5 peratus).
Kemasukan Perodua sebagai pembuat kereta nasional kedua pada asalnya, tidak bersifat sebagai pesaing kepada Proton tetapi merupakan penyokong kepada industri dengan menumpu pada kereta bersaiz kecil berbanding keluaran Proton.
Namun keadaan bertukar sebaliknya apabila Proton memutuskan untuk mengeluarkan Proton Tiara yang bersaiz enjin kecil dan seterusnya Proton Savvy, manakala Perodua muncul dengan versi Daihatsu Sirion yang ditukar nama menjadi Myvi.
Keadaan menjadi lebih pelik apabila jualan Perodua melangkaui keupayaan Proton, malah tatkala Exora hendak dilancarkan malam ini pun, Perodua sudah melaungkan rancangannya untuk mengeluarkan sebuah MPV seumpamanya.
Persaingan ini berterusan kerana Perodua dilihat lebih berdarah kacukan dan lebih tebal sifat Daihatsunya - yang tidak mengendahkan pun persoalan identiti kereta nasional yang dipegang oleh Proton. Bagi Daihatsu, ini adalah perniagaan, bukan sentimen.
Perodua memiliki skala ekonomi Daihatsu dan boleh memilih produk yang sesuai untuk pasaran Malaysia, kata penulis blog automotif popular, Paul Tan kepada Utusan Malaysia. "Perodua tidak memerlukan Proton."
Malah Paul juga tidak melihat wujudnya sinergi dalam tempoh jangka pendek dan pertengahan bagi penggabungan Proton dan Perodua boleh mendatangkan hasil.
"Mungkin sinergi boleh dihasilkan pada bahagian pembekalan alat ganti dan kapasiti pengeluaran. Namun demikian, Perodua sudah pun memiliki semuanya dan kilang canggih Proton di Tanjung Malim belum cukup mengghairahkan Perodua," ujarnya.
Ramai pihak akan bersetuju bahawa penggabungan adalah langkah terbaik untuk mana-mana entiti perniagaan dalam iklim ekonomi yang lemah pada masa ini. Bukan sahaja ia memberi kos efisien daripada segi operasi tetapi juga meningkatkan mutu pengeluaran kerana pengekalan hanya dibuat berasaskan meritokrasi.
Seandainya Proton dan Perodua bergabung dan dikira daripada segi jumlah penguasaan pasaran automotif domestik masing-masing, ia dengan mudah menguasai hampir 60 peratus bilangan industri setahun.
Dalam erti kata lain, kedua-duanya akan menikmati kelebihan daripada segi pilihan tawaran produk yang lebih banyak, skala ekonomi lebih besar dan tenaga pakar.
Ada juga pendapat mengatakan penggabungan kedua-duanya tidak berapa menguntungkan Proton. Ini disebabkan sifat Perodua hanyalah kereta Daihatsu yang diberi nama Malaysia. Tiada teknologi khusus yang boleh diraih Proton, berbanding Perodua yang mungkin memperoleh manfaat daripada sayap Lotus, milik Proton.
Katakanlah idea penggabungan ini dipersetujui dan diteruskan, satu-satunya kaedah untuk merealisasikan impian itu ialah menerusi keputusan Kabinet.
Kerajaan Malaysia memiliki himpunan ekuiti yang besar dalam Perodua menerusi syarikat milik kerajaan seperti UMW dan sayap pelaburannya, PNB. Maknanya, hanya dengan kehendak politik barulah penggabungan kereta nasional boleh terlaksana.
Namun di sebalik semua idea ini, Proton sebenarnya lebih memerlukan rakan kongsi teknologi automotif bertaraf dunia untuk maju ke hadapan.

Komen -
sebagai pengguna, saya berharap walau apa pun, pengguna yang mendapat keuntungan. Keupayaan mendapatkan atau memiliki kereta yang berkualiti dengan ciri² moden dan menarik tetapi pada harga yang berpatutan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...