Khamis, 16 Ogos 2012

Sikap tidak hormati peraturan trafik

sumber : Utusan Malaysia

BERADA di jalan raya setiap hari membuatkan saya tertanya-tanya mengapa begitu ramai penunggang motosikal yang sanggup memperjudikan nyawa dan anggota badan serta pertaruh nyawa dengan kematian semata-mata tidak menghiraukan lampu isyarat ketika melintas di persimpangan jalan.
Ia bukan hanya penunggang motosikal individu malah melibatkan pasangan yang berumur dan kadang kala bersama anak-anak kecil yang terselit di tengah-tengah. Saya sering terfikir sama ada mereka ini menghargai nyawa mereka dan anak-anak.

Apa yang telah saya nyatakan adalah fakta berlakunya pada setiap hari. Berdasarkan oleh pemantauan saya, lebih daripada 50 peratus penunggang motosikal kita melanggar peraturan lampu isyarat ketika di persimpangan trafik. Mengapakah mereka bersikap acuh tidak acuh dan tidak hormat pada undang-undang?
Saya masih ingat pada satu kes, seorang penunggang motosikal wanita menunggang tanpa memakai topi keledar. Sewaktu ditahan oleh seorang anggota polis, wanita tersebut memanggilnya bodoh.
Mereka menunjukkan sikap tidak peduli pada undang-undang dan ia juga mencerminkan sikap negatif di kalangan penunggang motosikal ini terhadap keselamatan mereka sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...