Rabu, 28 Januari 2009

Sistem Kers timbul masalah pasukan F1

Sumber: Utusan Malaysia Online (28/01/09)

LONDON - Kebanyakan pasukan Formula Satu kini bergelut dengan masa bagi menyempurnakan sistem pemulihan tenaga kinetik (Kers) yang dijangka membolehkan juara dunia, Lewis Hamilton serta para pesaingnya memperolehi kuasa tambahan pada jentera masing-masing.
Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada mereka akan menggunakan sistem yang diselubungi kontroversi itu pada perlumbaan pembukaan di Australia 29 Mac ini.
Dengan larangan melakukan ujian sebaik musim perlumbaan bermula, setiap pasukan hanya mempunyai beberapa sesi ujian trek bagi memastikan sistem yang diguna pakai adalah selamat, berkeupayaan atau perlu dikeluarkan.
"Kami masih belum membuat keputusan sama ada akan menggunakan Kers atau tidak.
"Para juri masih menilai sama ada kami akan memulakan musim ini dengan menggunakan Kers atau tidak. Bukan sahaja ia dinilai dari segi prestasi kereta, malah juga dari segi keupayaan.
"Apa yang lebih penting adalah mengenai keupayaan sistem itu untuk berfungsi dan ia adalah sesuatu yang sukar untuk dipastikan," kata pengarah teknikal pasukan Williams, Sam Michael.
Pasukan-pasukan F1 kini saling berbalah pendapat mengenai penggunaan Kers dalam perlumbaan kereta paling berprestij itu.
Bos Renault, Flavio Briatore sebelum ini melahirkan kebimbangan mengenai pembaziran yang melampau pada ketika pemotongan kos sepatutnya menjadi fokus bagi menghadapi kemelesetan ekonomi global.
Menurut Briatore, perbelanjaan besar yang ditanggung untuk membangunkan pasukannya adalah sesuatu yang menyakitkan hati.
"Semua orang tahu pada tahun 2010 akan ada perubahan tertentu kepada sistem Kers. Maka setiap wang yang dilaburkan kepada sistem itu tahun ini hanyalah untuk tempoh satu tahun. Dalam keadaan begini (kemelesetan ekonomi), saya tidak rasa ia harus berlaku dan ia adalah kesilapan yang nyata," kata warga Itali itu pada majlis pelancaran jentera baru Renault di Portugal minggu lepas.
Kers berfungsi dengan cara memulih dan menyimpan setiap tenaga yang digunakan jentera F1 sebagai kuasa elektrik berbanding ia hilang begitu sahaja sebelum ini.
Prinsipnya menyerupai kenderaan hibrid dengan sistem motor elektrik, unit kawalan, unit penyimpanan tenaga dan butang kuasa pada stereng kereta.
Para pelumba boleh menggunakan tenaga itu pada bila-bila masa untuk mendapatkan 80 kuasa kuda tambahan dalam masa maksimum 6.7 saat. - REUTERS

Kata Ku
- Harap pasukan BMW Sauber dah bersedia dan tidak menghadapi masalah ini
- Tahun lepas tempat ke-3. Tahun nie JUARA

Kata Ku

Petikan ahkbar Berita Harian Online (http://www.bharian.com.my)

Pakatan Rakyat tidak umpan Nasaruddin: MB Perak

IPOH: Kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak menawarkan sebarang jawatan atau wang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota dari Barisan Nasional (BN), Datuk Nasaruddin Hashim, untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sabtu lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata Nasaruddin bertukar parti atas kesedaran sendiri mungkin kerana wujud amalan tidak bermoral dalam Umno dan kecewa dengan parti lamanya. Sambil mengalu-alukan tindakan itu sebagai bijak, beliau berkata langkah Nasaruddin itu tidak wajar dicemuh oleh pemimpin BN dengan menganggapnya tindakan tidak bermoral.
"Tidak ada (jawatan). Kita mahu supaya dia tenang dulu. Biar dia bersiap untuk sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). "Kita nak betulkan tempat dia di dalam Sidang DUN, sekarang di sebelah kita," katanya kepada pemberita selepas Jamuan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak, di sini. Beliau ditanya sama ada Pakatan Rakyat ada menawarkan jawatan exco atau Pengurus Besar anak syarikat kerajaan negeri kepada Nasaruddin supaya melompat parti.

Kata Ku
- Kemasukan YB Nasaruddin akan menguatkan kuasa 'Melayu' di pihak kerajaan Perak
- Sebarang jawatan / kepentingan sewajarnya menguntungkan Melayu di Perak
- Sepatutnya akan ada exco² penting di Perak boleh dikembalikan kepada orang Melayu
- Jika tiada sebarang perubahan pada exco, kehadiran YB Nasaruddin ke PR hanya boleh dianggap sebagai 'sampah'

Ahad, 25 Januari 2009

A1GP di Toupo

hi..

Malaysia hanya berjaya memenangi tempat ke-8 (Sprint Race) dan tempat ke-11 (Feature Race). 2 Mata untuk pasukan Malaysia.

Berikut adalah petikan akhbar dari Utusan Malaysia

Fairuz masih mencari rentak

KUALA LUMPUR - Selepas bermula cemerlang di awal musim, Fairuz Fauzy masih tercari rentak kemenangan apabila sekadar menduduki tempat ke-11 dalam perlumbaan Feature di pusingan keempat Grand Prix A1 (GP A1) Piala Dunia di Litar Taupo, New Zealand semalam.
Fairuz, 26, menamatkan perlumbaan 50 pusingan di litar sepanjang 3.5 kilometer itu dengan kepantasan 1 jam 6 minit 46.406 saat selepas bermula di petak keenam.
Perlumbaan tersebut dimenangi oleh pelumba Switzerland Neel Jani (1:06'19.574s) diikuti Adam Carroll dari Ireland (1:06'20.621s) dan Filipe Albuquerque dari Portugal 1:06'21.953s
Keputusan tempat ke-11 itu gagal mengatasi catatan di tempat kelapan dalam perlumbaan Sprint kelmarin.
Dalam perlumbaan Sprint itu, Fairuz mencatat masa 19 minit 56.068 saat dalam perlumbaan sebanyak 15 pusingan.

Pada perlumbaan sulung musim ini di Zandvoort, Belanda pada September lalu, Fairuz beraksi cemerlang apabila menjuarai perlumbaan Sprint.
Namun, dia gagal mengulangi pencapaian yang sama dalam dua perlumbaan berikutnya iaitu di Chengdu, China dan Litar Sepang.
Malah ketika perlumbaan pusingan ketiga di Litar Sepang November lalu, Malaysia kehilangan kedudukan selaku pendahulu perlumbaan A1 GP akibat kesilapan Fairuz yang memasuki pit tanpa diarah.

Keadaan itu menyebabkan pelumba itu terlepas peluang begitu sahaja untuk menduduki tempat ketiga pada perlumbaan feature.
Pasukan negara kini di tempat ketujuh keseluruhan dengan 30 mata.
Ireland yang mengumpul 65 mata mendahului diikuti Switzerland (52), Portugal (49) dan Perancis (41).



Berikut petikan akhbar Harian Metro

Fairuz kuasai tempat kelapan Sprint, 11 Feature

SEKALIPUN gagal menjejak kaki di podium, Fairuz Fauzy masih berupaya mengutip mata buat Malaysia selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelapan saingan Sprint dan ke-11 saingan Feature pada perlumbaan A1GP di Taupo, New Zealand, semalam.Kutipan mata itu membolehkan Malaysia kekal dalam kumpulan pendahulu kejuaraan Piala Dunia Permotoran itu dengan berada di tangga ketujuh keseluruhan.

Fairuz adalah antara pelumba yang cuba memintas pada awal pusingan dan melonjak ke tangga kelapan selepas memotong pemandu New Zealand pada selekoh kedua. Malaysia, bersama beberapa pencabar negara lain, membuat hentian pit awal dan sekalipun pantas menukar tayar, Fauzy terpaksa mengekori belakang kereta Australia selepas hentian pit berikutan masalah kotak gear kereta Australia yang menghalang keretanya masuk semula ke dalam litar.

Jurutera Malaysia menyifatkan kegagalan menyertai semula kereta ke trek menyebabkan pasukan itu rugi dua kedudukan dan selepas semua kereta membuat pertukaran tayar, Fairuz kekal di tangga kelapan dengan saingan berbaki dua pusingan.
Mengenai saingan Sprint, Fairuz berkata: “Kami membuat permulaan baik dan kereta begitu kompetitif dari segi pengendalian tetapi kurang berpuas hati dengan enjin dan kurang pantas pada laluan lurus berbanding kereta lain”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...