Rabu, 11 Februari 2009

DAULAT TUANKU

Ya ALLAH,

hancurkanlah golongan-golongan penderhaka dan sombong dan berilah petunjuk kepada pemimpin-pemimpin negara ini, agar umat islam sentiasa terbela dan terpelihara.

Ya ALLAH,

Lindungilah Raja kami, Sultan Negeri Perak. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah dari golongan-golongan penderhaka.

Amin

Politik oh Politik

salam,

Pergolakan politik di Perak menjadi berita hangat dan menjadi bualan ramai sejal 2 minggu yang lalu dan beberapa minggu lagi yang akan datang.

Sebagai individu yang mahu bersikap berkecuali... saya melihat dan memerhatikan setiap isu dari jauh.... membaca berita atau cerita dari akhbar, internet mahupun blog. Pelbagai komen, pendapat, catatan, makian dan cercaan. Sebagai orang yang bukan ahli, sata tidak berani memberikan apa² komen.

Isu yang paling menarik perhatian
  1. Lompat parti
  2. Sembah derhaka dan kebiadapan sesetengah golongan yang taksub
  3. Saman menyaman.... yang ketika ini.... sekadar cakap² politik sahaja
  4. Report mereport (berpuluh dan mungkin mencecah ratusab ke atas pemimpin² PR).
  5. Mudahnya jatuh dan bangunnya sesuatu kerajaan.

Setiap isu ini pula akan lebih hangat terutamanya menjelang pihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang yang bakal menjelang tiba

Harapan saya, semua akan insaf dan kembali semula ke titik perjuangan masing². Selain mulalah berkerja untuk kebaikan semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...