Sabtu, 13 Disember 2008

Mencari-cari identiti diri

salam,

Bulan ini (disember 08) saya masih mencari identiti diri sendiri..... alamak dah terlewat ker. hahaha.... mengarut... tetapi saya telah muhasabah dengan diri sendiri dan saya kira masih boleh memperbaiki diri sendiri dengan saya mencari identiti diri saya sendiri.

Alhamdullilah, saya punya kerja sendiri dan pada masa yang sama ditawarkan kan juga untuk buat kerja lain (part time) sampai kekadang sampai tak terkejar. Saya juga telah berkeluarga dan punya 2 orang anak. So aper lagi yang saya perlukan.

Hobi
sekarang rasanya saya masih mencari hobi yang sesuai dan paling penting berfaedah. Kebanyakan masa sekiranya saya tidak berkerja kebanyakan perkara yang saya lakukan memang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang memang tidak berfaedah (main game pc, tengok tv sampai berjam-jam, melepak dan lain-lain.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah diberi sesuatu minat yang baru (hobi) bermain badminton. Kebetulan UiTM Perak telah mempunyai 1 dewan badminton yang baru. Saya pulak di beri kebenaran (underground sebenarnya) untuk menggunakan dewan tersebut. hehehe. tapi boleh pakai seminggu ajer sebab dewan tersebut perlu di perbaiki lagi. huhuhuhu. Pasnie terpaksa laa gunakan dewan di tempat lain... masih mencari tempat yang sesuai InsyaAllah 2 minggu lagi kami (saya n beberapa orang tech) dapat gunakan dewan yang lain. Minggu nie n minggu dengan kami terlibat dengan kursus.

Main Game PC
hahaha. hobi yang seronok tetapi amat tidak berfaedah dan sebenarnya memberikan pelbagai kesan negatif. Letih sebab terpaksa menengok monitor berjam-jam. Cepat tension sampai membawa kepada kehidupan seharian especially kalo main game asyik kalah ajer. Tido lewat sebab nak selesaikan game tersebut sampai kekadang bangun lewat n kalo nasib tak baik... masuk kerja pon boleh lewat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...