Khamis, 17 April 2008

Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15 - 19

Penulis : Haji Buyong Adil
Penerbit : DBP
Tahun Penerbitan : 1985
Sinopsis : keseluruhannya menghuraikan latar belakang sejarah perjuangan bangsa melayu dalam menentang pencerobohan kuasa asing di Tanah Melayu sejak dari awal abad ke - 15 hingga abad ke-19. Di antara kuasa asing itu ialah Siam, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

Komen :
Buku ini menjadikan saya lebih patriotik dan mengenali dengan lebih dekat dengan rintitan perjuangan bangsa dari abad ke 15 - 19. Sungguhpun kebanyakan fakta adalah berulang dengan buku-buku yang lain, namun terdapat juga fakta atau cerita yang masih baru saya tahu.
Penulisan buku ini bercorak neutral tetapi masih dalam lingkungan membela bangsa. Beberapa kisah seperti kisah peperangan antara pihak Portugis, Johor dan Acheh di ceritakan dengan lebih lengkap.

Kesimpulan yang boleh saya buat,
1) Kejatuhan kerajaan² utama Melayu adalah kerana pemimpin yang lemah atau masyarakat melayu sendiri yang berpecah-belah.
2. Perjuangan orang Melayu tidak menyeluruh atau bersatu padu dan hanya di sesetengah kawasan sahaja.
2) Penentangan kebanyakan orang melayu adalah bersifat memberontak terutama apabila kuasa mereka telah dinafikan.
3) Orang Melayu tidak mahir dengan strategi peperangan dan menyebabkan mereka kalah walaupun jumlah mereka ramai berbanding musuh
4) Dalam kebanyakan kisah, kekalahan orang melayu adalah kerana pengkhianatan di kalangan orang melayu juga.

Harapan saya semoga.... penjajahan kuasa asing yang telah lalu menginsafkan saya dan kita semua. Moga-moga sejarah hitam itu tidak berulang kepada bangsa saya hingga ke anak cucu.

Pengenalan

Salam,

Saya sekadar ingin mencoret apa yang berlaku di sekeliling saya, (maklumat daripada yang pernah saya baca, yang pernah dilihat dan yang saya faham). Respon saya terhadap perkara tersebut. Harapan saya supaya kemudian hari, saya boleh mengingatkan kembali perkara tersebut.
Mungkin lebih kepada diari. Teringat kembali diari² yang selalu saya tulis.... terkadang saya terlupa apa yang perlu dituliskan dan diari lama² hilang entah kemana. Sedih.... tapi itulah hakikat.
Banyak yang ingin saya paparkan (idea).... buku² yang saya pernah baca.... cerita (anime, drama, movie, kartun).... tempat² yang pernah saya pergi...... tapi soalnya berani kah saya berubah????. daripada seorang yang sekadar melihat dan kemudian simpan diminda bertukar kepada melihat kemudian menulis apa yang saya lihat..... RESPON...... ya ...... dan itulah cabarannya.

semoga saya BERANI BERUBAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...