Jumaat, 29 Mei 2009

UFO mendarat di Tasik Baikal?


BULATAN ganjil yang terdapat di Tasik Baikal, Siberia, Rusia.

TASIK BAIKAL - Satu bulatan ganjil muncul di Tasik Baikal yang beku di Siberia, Rusia sehingga mencetuskan perdebatan berhubung kewujudannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa saintis menafikan penglibatan objek yang tidak dikenali (UFO) tetapi mereka turut bingung bagaimana fenomena itu boleh berlaku.

Tasik Baikal merupakan tasik air tawar terbesar di dunia.

Imej itu dirakamkan oleh beberapa angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Angkasawan tersebut mencatatkan perkembangan bulatan itu apabila ia muncul buat pertama kali pada 5 April sehingga 27 April lalu apabila ais mula mencair.

"Hampir sepanjang bulan April, bulatan itu masih wujud," kata seorang jurucakap Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

"Bulatan itu muncul apabila air terbentuk dan hilang ketika air cair. Keadaan itu menunjukkan ais itu nipis," tambahnya.

- Agensi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...