Rabu, 19 November 2008

Terima Kasih Kerajaan

salam,

Terima Kasih kerajaan kerana telah menurunkan 15 sen harga minyak semalam. Pada saya langkah ini memang satu langkah yang popular. Malangnya langkah ini tidak disambut baik oleh golongan peniaga. Buktinya harga barangan dan perkhidmatan masih lagi tinggi.

Degil
Peniaga degil dan hanya mementingkan keuntungan wajar di kenakan tindakan. Sebagai pengguna, saya menyeru kepada semua agar memboikot peniaga² yang masih tidak sensitif pada keadaan semasa. Alasan harga barang borang masih mahal sepatutnya tidak timbul. Pada saya kerajaan telah bertindak mengikut kehendak umum.

Bertindak
Saya sekali lagi menyeru semua menyahut seruan semua persatuan pengguna agar memboikot peniaga² yang degil. Gunakan hak kita sebagai pengguna untuk menghukum mereka. Beli barangan yang perlu pada peniaga yang telah menyahut seruan kerajaan dan persatuan pengguna.

Tidak Adil
sebenarnya tidak adil juga untuk menghukum semua peniaga, sebenarnya ada peniaga yang memang telah menurunkan harga barangan atau perkhidmatan mereka. Masalahnya, jumlahnya amat kecil. Ada juga peniaga daripada asal tidak pernah menaikkan harga barangan atau perkhidmatan mereka. Golongan ini walaupun adalah golongan minoriti wajar dicontohi dan diberikan galakan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...