Isnin, 10 November 2008

Team A1GP Malaysia Leading mengumpul 28 mata

Tahniah!!!!

Leading 6 mata dari pasukan tangga kedua. Sebagai salah seorang peminat Team A1GP Malaysia kecewa juga bila RTM tidak menyiarkan siaran langsung mahupun tertunda. Harapan untuk pusingan seterusnya di Sepang..... ada sesuatu dari Team A1GP Malaysia --> menanglaa (podium)... ataupun RTM --> siaran langsung.

Berikut petikan akhbar dari berita Harian

FAIRUZ Fauzy mempamerkan pemanduan menakjubkan untuk membolehkan pasukan Malaysia berada di depan senarai pendahulu Kejuaraan A1GP walaupun sekadar meraih tempat kelima dalam saingan Feature pada edisi kedua A1GP di Chengdu, China semalam.
Kejayaan itu memberikan bekal yang selesa untuk pasukan negara menjelang saingan ketiga yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 21 hingga 23 November ini.Dalam saingan acara Sprint semalam, pasukan negara sekadar menamatkan saingan di tempat ke-13.
"Perlumbaan ini begitu sukar dan amat menguji tahap fizikal. Jentera begitu sempurna tetapi saya gagal memintas pelumba Australia seketika. Saya berjaya memintas pasukan itu akhirnya dan mencatatkan mata yang amat penting bagi kita. "Petugas di pit begitu cemerlang walaupun saya melakukan sedikit kesilapan ketika hentian pit dan saya amat gembira kami mampu membawa bekal untuk perlumbaan di tempat sendiri selaku pendahulu kejuaraan," katanya selepas acara Feature itu.
Pengurus pasukan Malaysia, Jack Cunningham berkata, selepas dua perlumbaan pasukan mula menampakkan keserasian bagi mencatatkan keputusan yang membanggakan terutama dengan pemanduan mantap yang dipamerkan Fairuz. "Penggunaan PowerBoost dan strategi yang mengena hari ini (semalam) nyata amat kritikal. Kami mendapat keputusan yang bagus dan ia adalah kedudukan terbaik untuk pasukan mencipta kejayaan lebih manis di Sepang." katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...