Ahad, 25 Januari 2009

A1GP di Toupo

hi..

Malaysia hanya berjaya memenangi tempat ke-8 (Sprint Race) dan tempat ke-11 (Feature Race). 2 Mata untuk pasukan Malaysia.

Berikut adalah petikan akhbar dari Utusan Malaysia

Fairuz masih mencari rentak

KUALA LUMPUR - Selepas bermula cemerlang di awal musim, Fairuz Fauzy masih tercari rentak kemenangan apabila sekadar menduduki tempat ke-11 dalam perlumbaan Feature di pusingan keempat Grand Prix A1 (GP A1) Piala Dunia di Litar Taupo, New Zealand semalam.
Fairuz, 26, menamatkan perlumbaan 50 pusingan di litar sepanjang 3.5 kilometer itu dengan kepantasan 1 jam 6 minit 46.406 saat selepas bermula di petak keenam.
Perlumbaan tersebut dimenangi oleh pelumba Switzerland Neel Jani (1:06'19.574s) diikuti Adam Carroll dari Ireland (1:06'20.621s) dan Filipe Albuquerque dari Portugal 1:06'21.953s
Keputusan tempat ke-11 itu gagal mengatasi catatan di tempat kelapan dalam perlumbaan Sprint kelmarin.
Dalam perlumbaan Sprint itu, Fairuz mencatat masa 19 minit 56.068 saat dalam perlumbaan sebanyak 15 pusingan.

Pada perlumbaan sulung musim ini di Zandvoort, Belanda pada September lalu, Fairuz beraksi cemerlang apabila menjuarai perlumbaan Sprint.
Namun, dia gagal mengulangi pencapaian yang sama dalam dua perlumbaan berikutnya iaitu di Chengdu, China dan Litar Sepang.
Malah ketika perlumbaan pusingan ketiga di Litar Sepang November lalu, Malaysia kehilangan kedudukan selaku pendahulu perlumbaan A1 GP akibat kesilapan Fairuz yang memasuki pit tanpa diarah.

Keadaan itu menyebabkan pelumba itu terlepas peluang begitu sahaja untuk menduduki tempat ketiga pada perlumbaan feature.
Pasukan negara kini di tempat ketujuh keseluruhan dengan 30 mata.
Ireland yang mengumpul 65 mata mendahului diikuti Switzerland (52), Portugal (49) dan Perancis (41).



Berikut petikan akhbar Harian Metro

Fairuz kuasai tempat kelapan Sprint, 11 Feature

SEKALIPUN gagal menjejak kaki di podium, Fairuz Fauzy masih berupaya mengutip mata buat Malaysia selepas menamatkan perlumbaan di tempat kelapan saingan Sprint dan ke-11 saingan Feature pada perlumbaan A1GP di Taupo, New Zealand, semalam.Kutipan mata itu membolehkan Malaysia kekal dalam kumpulan pendahulu kejuaraan Piala Dunia Permotoran itu dengan berada di tangga ketujuh keseluruhan.

Fairuz adalah antara pelumba yang cuba memintas pada awal pusingan dan melonjak ke tangga kelapan selepas memotong pemandu New Zealand pada selekoh kedua. Malaysia, bersama beberapa pencabar negara lain, membuat hentian pit awal dan sekalipun pantas menukar tayar, Fauzy terpaksa mengekori belakang kereta Australia selepas hentian pit berikutan masalah kotak gear kereta Australia yang menghalang keretanya masuk semula ke dalam litar.

Jurutera Malaysia menyifatkan kegagalan menyertai semula kereta ke trek menyebabkan pasukan itu rugi dua kedudukan dan selepas semua kereta membuat pertukaran tayar, Fairuz kekal di tangga kelapan dengan saingan berbaki dua pusingan.
Mengenai saingan Sprint, Fairuz berkata: “Kami membuat permulaan baik dan kereta begitu kompetitif dari segi pengendalian tetapi kurang berpuas hati dengan enjin dan kurang pantas pada laluan lurus berbanding kereta lain”.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...